Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Daesh mengaku serang masjid Syiah di Kandahar

Oct 17, 2021 | 05:30 AM



KANDAHAR: Kumpulan pengganas ISIS, atau juga dikenali sebagai Daesh, mengaku bertanggungjawab atas serangan bom nekad di masjid Syiah di Kandahar kelmarin hingga mengorbankan 41 orang.



Serangan tersebut berlaku genap seminggu selepas Daesh mengaku bertanggungjawab atas satu lagi serangan ke atas penganut fahaman Syiah di sebuah masjid di Kunduz yang mengorbankan lebih 60 orang.



Dalam kenyataan melalui saluran Telegram semalam, kumpulan itu mendakwa dua pengebom nekad daripada Daesh-Khorasan (IS-K) melakukan serangan berasingan di bahagian berlainan masjid terbabit ketika jemaah sedang sembahyang.



Kumpulan pengganas itu merupakan seteru kepada Taliban yang berjaya mengambil alih kuasa di Afghanistan Ogos lalu, susulan pengunduran tentera Amerika Syarikat dan sekutunya dari negara ini.



Serangan terbaru itu turut menyebabkan serpihan letupan merosakkan dinding masjid berkenaan, manakala sisa runtuhan bertaburan di koridor pintu masuk.



Ketua Polis Kandahar, Encik Maulvi Mehmood berkata, keselamatan masjid itu dikendalikan oleh pengawal daripada komuniti Syiah, namun Taliban akan menangani aspek berkenaan susulan serangan terbabit.



Pengarah Kesihatan Kandahar, Encik Hafiz Abdulhai Abbas, memberitahu AFP bahawa berdasarkan maklumat pihak hospital, 41 orang maut dan kira-kira 70 lagi cedera akibat insiden berkenaan.



Sekurang-kurang 15 ambulans dilihat bergegas ulang-alik dari lokasi kejadian, manakala pengawal Taliban menutup kawasan berkenaan.



"Banyak mayat dan mangsa cedera dibawa ke hospital. Kami menjangkakan jumlah itu bertambah, dan bekalan darah sangat diperlukan dalam keadaan kecemasan kini.



"Kami telah meminta semua media tempatan di Kandahar untuk menggesa orang ramai tampil mendermakan darah," kata seorang doktor di Hospital Mirwais kepada agensi berita AFP.



Sementara itu, saksi memberitahu terdengar bunyi tembakan bersama letupan, manakala seorang pengawal keselamatan di masjid terbabit mendakwa tiga rakan sekerjanya ditembak ketika pengebom nekad mencerobohinya.



"Ia adalah waktu solat Jumaat dan ketika kami sedang bersiap sedia, saya terdengar bunyi tembakan," kata Encik Sayed Rohullah kepada AFP. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >