Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dahlah maut dek kemalangan, mayat dibakar pula oleh keluarga lain

Nov 24, 2016 | 11:00 AM



GEORGE TOWN: Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib sebuah keluarga apabila ayah mereka terbunuh dalam sebuah kemalangan jalan raya dan kemudian mayatnya 'hilang' dan dibakar oleh keluarga lain.



Encik Fong Meng Tuck, 60 tahun, meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya sekitar 2 pagi pada Isnin (Nov 21) di Maccallum Street, sekitar 200 meter dari rumahnya.



Mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat, sebelum keluarganya dibenarkan menuntutnya bagi upacara pembakaran.



Bagaimanapun, keluarganya terkejut besar apabila diberitahu mayat beliau dituntut oleh "orang lain", kata anak Encik Fong, Encik Edward, yang kesedihan.



"Kami pergi ke bilik mayat Hospital Pulau Pinang pada kira-kira 2 petang Isnin. Selepas menandatangani 'borang pelepasan mayat', hospital itu memberitahu kami mayat ayah saya tidak berada di rumah mayat.



"Selepas menunggu kira-kira sejam, ahli keluarga orang lain yang mayatnya turut berada di rumah mayat memberitahu kami keluarganya tersilap menuntut mayat ayahnya dan telah menjalankan upacara pembakaran mayat," kata ahli perniagaan berusia 28 tahun itu ketika dihubungi pada Rabu (23 Nov).



Encik Edward berkata kejadian itu satu kejutan sedih bagi keluarganya kerana bukan sahaja mereka kehilangan bapa tersayang, malah tidak berpeluang memberi mendiang penghormatan terakhir.



"Bapa saya sihat. Kami tidak menjangka akan kehilangannya. Oleh kerana beliau telah meninggalkan kami, kami hanya mahu mengadakan upacara pengkebumian yang baik untuk beliau. Tetapi sekarang apa yang kami ada hanya abu.



"Dan persoalannya sekarang ialah, bagaimana kami boleh mengesahkan ini abu ayah saya?" ujarnya, sambil menambah sijil kematian belum dikeluarkan kerana "identiti" ayahnya masih belum disahkan.



Beliau telah membuat laporan polis dan keluarganya sedang menimbangkan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab.



Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Pulau Pinang, Encik Lim Thoon Deong, berkata beliau dimaklumkan bahawa kakitangan hospital tercampur mayat Encik Fong dengan mayat reput seorang bernama Ho Swee Kim.



Kejadian itu berlaku kerana kakitangan hospital tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi tuntutan mayat, ujarnya.



"Siasatan dalaman telah selesai dan laporan daripada pengarah hospital dan pengarah Jabatan Kesihatan negeri ini telah dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan," katanya.



Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kakitangan hospital terlibat telah digantung kerja kerana melanggar SOP Perkhidmatan Perubatan Forensik.



"Siasatan telah dijalankan dan tindakan disiplin tegas akan diambil terhadap kakitangan itu.



"Kementerian telah mengarahkan semua hospital supaya meningkatkan SOP mereka bagi memastikan kejadian itu tidak berulang," katanya. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >