Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dakwaan rasuah: CEO AirAsia Tony Fernandes dan pengerusi undur diri sementara waktu

Feb 04, 2020 | 09:56 AM



KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Encik Tony Fernandes, dan pengerusi, Encik Kamarudin Meranun, akan mengundur diri  selama sekurang-kurangnya dua bulan sedang syarikat penerbangan itu dan pihak berkuasa menyiasat dakwaan rasuah.



Kes itu dipercayai melibatkan pembayaran  AS$50 juta ($68.4 juta) oleh syarikat Airbus untuk mendapatkan tempahan pesawat daripada AirAsia.



Sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada anggota bukan eksekutif lembaga AirAsia akan menyiasat tuduhan tersebut dan mengambil apa-apa tindakan yang perlu, kata syarikat penerbangan bajet terbesar Asia itu pada Isnin (3 Feb).



Bagaimanapun, Encik Fernandes, seorang eksekutif terkenal dalam industri penerbangan, dan Encik Kamarudin akan kekal sebagai penasihat, "memandangkan keadaan ekonomi sukar yang dihadapi industri penerbangan", kata syarikat itu lagi.



Eksekutif kanan syarikat itu, Encik Tharumalingam Kanagalingam, dilantik pemangku CEO.



Dalam satu kenyataan bersama, Encik Fernandes dan Encik Kamarudin menafikan apa-apa tuduhan salah laku sebagai pengarah AirAsia.



"Kami tidak akan membahayakan syarikat yang kami bangunkan sepanjang hayat kami sehingga mencapai status global sekarang," kata mereka. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >