Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dana iklim Indonesia baru sokong usaha pertahan hutan; mahu tarik AS$20 juta dalam 5 tahun

May 28, 2023 | 05:31 AM



BANDUNG (Indonesia): Encik Asep Rohimat kelihatan gembira sedang beliau menaburkan baldi berisi kulit biji kopi kering di atas sayur-sayuran dan deretan pokok kopi yang tumbuh subur di ladang kecilnya di daratan tinggi di kawasan hutan wilayah Jawa Barat Indonesia.


Petani berusia 30 tahun dari kampung Ibun, kira-kira 200 kilometer dari ibu kota Jakarta, adalah sebahagian inisiatif yang membantu masyarakat orang Asli sesuatu kawasan untuk memulihara hutan dan membangunkan tanah usang.

Ia telah membolehkan beliau menggunakan baja organik baru, meningkatkan hasil dan mendapatkan harga terbaik buat biji kopi arabikanya.

Projek untuk membantu petani seperti Encik Asep dan tujuh lagi kampung di kawasan berdekatan itu disokong Dana Nusantara berjumlah AS$3 juta ($4 juta), yang dilancarkan baru-baru ini sebagai skim pembiayaan iklim langsung pertama Indonesia buat masyarakat Asli dan tempatan.

Indonesia ialah salah satu daripada 17 negara “paling pelbagai” di dunia – tuan rumah kepada hutan tropika ketiga terbesar dunia.

Negara-negara “paling pelbagai” itu telah dikenal pasti sebagai mempunyai spesies terkaya oleh ahli pemuliharaan, yang mengatakan melindungi kawasan semula jadi negara itu akan menjadi penting untuk mencapai matlamat antarabangsa untuk memastikan pemanasan global terkawal dan menghentikan kehilangan biodiversiti.

Pemusnahan hutan adalah ancaman utama kepada tindakan iklim, kerana pokok menyerap kira-kira satu pertiga pelepasan karbon dioksida pemanasan bumi yang dihasilkan di seluruh dunia, tetapi akan melepaskan karbon kembali ke udara apabila ia reput atau terbakar.

Dibantu Dana Nusantara, kampung Ibun itu kini mempunyai kemudahan penyimpanan dan pemprosesan biji kopi, dan telah membangun tanah yang pernah menjadi milik pemerintah, namun tandus dan terdedah kepada kebakaran hutan.

Diuruskan masyarakat tempatan, tanah itu disegarkan semula dan dipenuhi dengan hidupan liar, pokok kopi, cili dan tomato.

“Sebelum ini tanah ini hanyalah lalang – tiada apa yang boleh ditanam... Kami juga lebih bersemangat untuk menjaga dan melindungi hutan,” kata Encik Amir Rohimat, ketua kumpulan tempatan yang membantu petani seperti Encik Asep.

Ia adalah satu daripada 30 kumpulan yang terdapat di seluruh Indonesia, termasuk masyarakat orang Asli dan masyarakat tradisional lain, yang telah menerima pembiayaan semasa fasa perintis Dana Nusantara.

BIODIVERSITI BERI MANFAAT

Dana itu - yang disokong Yayasan Ford, Yayasan Packard dan penderma antarabangsa lain, serta tiga pertubuhan bukan pemerintah (NGO) utama Indonesia - bertujuan meningkatkan aliran wang terus kepada orang Asli dan masyarakat tempatan.

Mereka adalah penjaga utama hutan, dengan kira-kira 80 peratus biodiversiti dunia di bawah perlindungan mereka, kata Cik Rukka Sombolinggi, setiausaha agung rakan kongsi dana AMAN, satu gabungan yang mewakili kira-kira 20 juta orang Asli Indonesia.

Namun, sokongan global kepada kegiatan seperti itu adalah kurang daripada A$270 juta pada 2022 - dan hanya 16 peratus jumlah itu terus sampai kepada kumpulan berkenaan, tambahnya.

Dana baru Indonesia itu menyasarkan mahu menarik sejumlah AS$20 juta pelaburan daripada penderma dalam tempoh lima tahun pertama, yang akan disalurkan kepada orang Asli dan masyarakat tempatan di seluruh negara itu.

Ia menawarkan peluang penerobosan buat mereka mendapat akses terus kepada kewangan itu tanpa menggunakan perantara, kata Cik Sombolinggi, anggota asli Toraja, sambil menambah, beliau berharap ia akan meningkatkan keberkesanan mereka dalam menghentikan penebangan hutan dan memerangi perubahan iklim.

Dana itu adalah sebahagian “Ikrar Pemegangan Hutan” lebih luas yang dipersetujui pada sidang kemuncak iklim COP26 pada akhir 2021, yang bertujuan mengumpul A$1.7 bilion untuk membantu orang dan masyarakat Asli untuk melindungi hutan di seluruh dunia.

Keutamaan bagi Dana Nusantara termasuk pemetaan tanah Orang Asli, mendaftar dan mengiktiraf hak pemilikan tanah, memulihkan kawasan yang sudah usang, memupuk pembangunan ekonomi berasaskan penggunaan sumber asli secara mampan, dan pendidikan.

Presiden Yayasan Ford, Encik Darren Walker, berkata dalam satu kenyataan semasa pelancaran dana itu di Jakarta baru-baru ini, bahawa dengan melabur dalam dana itu dan meletakkan pemimpin akar umbi sebagai tumpuan penyelesaian iklim, “kita boleh mengurangkan krisis iklim dan biodiversiti yang menjejas kita semua”.

Dana baru bebas daripada pihak berkuasa itu seharusnya memberikannya kecepatan menyediakan kewangan dengan pantas kepada pelbagai kumpulan, termasuk Orang Asli, masyarakat dan NGO tempatan, kata Encik David Ganz, pengarah eksekutif RECOFTC (Pusat bagi Rakyat dan Hutan).

Namun, Dana Nusantara dan dana sepertinya menghadapi cabaran dalam menyalurkan kewangan kepada kumpulan yang tuntutan mereka ke atas sesuatu tanah adalah tidak jelas atau dipertikaikan.

Di samping itu, aliran kewangan perlu bersifat “terbuka dan telus” untuk memberi manfaat kepada masyarakat Asli itu, yang memerlukan sistem yang jelas dan adil untuk berkongsi keuntungan, katanya.

“Seperti yang kita lihat pada masa lalu, kerana rasuah atau pembaziran, sangat sedikit dana yang sampai ke lapangan,” tambahnya. – Yayasan Thomson Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >