Topik diikuti
Pergi ke BHkuDana persaraan M'sia beli tanah 1MDB 'lebih murah' dari yang dibayar Tabung Haji

May 12, 2015 | 5:30 AM
Dana persaraan M'sia beli tanah 1MDB 'lebih murah' dari yang dibayar Tabung Haji
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dikatakan sudah membuat perjanjian pembelian sebidang tanah dan bangunan yang akan dijadikan ibu pejabat barunya di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga 15 peratus lebih rendah berbanding apa yang dibayar Lembaga Tabung Haji (TH) kepada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dengan memetik sumber, akhbar The Star melaporkan bahawa KWAP bersetuju membayar antara RM1 bilion dengan RM1.2 bilion bagi bangunan 40 tingkat manakala bagi sebidang tanah itu pula dibayar dengan harga RM2,300 ($855) sekaki persegi.