Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DAP: Perikatan pembangkang tidak lagi wujud

Jun 16, 2015 | 2:04 PM
-

PETALING JAYA - Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah mengisytiharkan bahawa perikatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) tidak lagi wujud.

Dalam kenyataannya hari ini Selasa, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu telah menerima usul muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

PR dibentuk pada 2008 menjelang pilihan raya ke-12 Malaysia. Ia dianggotai DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Keputusan itu dibuat semasa pertemuan CEC malam semalam.

Encik Lim mendakwa pakatan tersebut hampir tidak boleh bergerak kerana presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melanggar keputusan yang telah dipersetujui semasa pertemuan-pertemuan pemimpin PR.

Ini diburukkan lagi dengan kesanggupan Datuk Hadi untuk membentuk kerajaan bersatu dengan Umno dan sokongan beliau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, meskipun selepas diberitahu bahawa dana Lembaga Tabung Haji digunakan untuk membeli tanah dari 1MDB.

Encik Lim berkata DAP akan bekerjasama dengan PKR dan parti-parti lain yang mahu melihat pemerintahan satu parti Umno/Barisan Nasional berakhir. - The Star/Asia News Network

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg