Dapat daulat sejurus lepas ragut beg mangsa...

SERDANG (Selangor): Dua perompak mendapat padah sejurus selepas meragut beg seorang wanita - kereta mangsa merempuh mereka secara tidak sengaja.

Dua lelaki itu, kedua-duanya 26 tahun, memecahkan tingkap penumpang kereta wanita berkenaan di lampu lalu lintas di Ara Damansara dan meragut beg komputer riba beliau pada 3.30 pagi Rabu (28 Dis).

Mangsa kemudian mengejar mereka dan secara tidak sengaja melanggar mereka, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Penolong Pesuaruhjaya Kanan (SAC) Fadzil Ahmat.

Kedua-duanya, yang mempunyai rekod jenayah curi, cedera parah dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

"Seorang pengawal keselamatan terdengar jeritan beliau dan datang untuk membantu beliau," kata SAC Fadzil kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Serdang pada Khamis.

Apabila ditanya apakah polis akan mengambil sembarang tindakan terhadap wanita itu kerana mencederakan dua lelaki tersebut, beliau berkata polis akan meneliti perkara itu tetapi kejadian tersebut kelihatan berlaku dengan tidak sengaja. - The Star/Asia News Network

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:49
Zuhur
12:51
Asar
4:14
Maghrib
6:52
Isyak
8:05
3 HR PSI: 39
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.