Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Dari Hongkong ke China dalam hanya 20 minit...

Kereta api laju terbaru mula beroperasi di tengah-tengah kebimbangan 'campur tangan' lebih besar China ke atas bekas tanah jajahan British itu
Oct 1, 2018 | 5:30 AM
MUDAHKAN PERJALANAN: Penumpang ini sempat 'berselfie' dengan kereta api berkelajuan laju yang menghubungkan Hongkong dengan China dan mula beroperasi pada 23 September lalu. - Foto REUTERS
MUDAHKAN PERJALANAN: Penumpang ini sempat 'berselfie' dengan kereta api berkelajuan laju yang menghubungkan Hongkong dengan China dan mula beroperasi pada 23 September lalu. - Foto REUTERS -

HONGKONG: Kereta api berkelajuan tinggi atau bullet train di Hongkong yang kontroversial sudah pun beroperasi sejak lapan hari lalu - membawa penumpang melepasi sempadan di utara pada kelajuan sehingga 200 kilometer sejam (kph) dan memperkukuhkan lagi integrasi antara bekas pulau jajahan British itu dengan tanah besar China.

Menelan kos yang dilaporkan mencecah AS$11 bilion ($15.04 bilion), projek rel laju itu turut menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan meningkatnya pencerobohan Beijing ke atas kebebasan yang dinikmati pulau itu, namun penumpang yang memenuhi stesennya yang canggih berdekatan pelabuhan memberikan 'tanda jempol' ke atas khidmat yang membawa mereka ke China dalam hanya masa 20 minit.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg