Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

JATUH BANGUN NAJIB TUN RAZAK

Daripada Perdana Menteri kepada tahanan penjara

Aug 30, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Apabila polis menyerbu enam premis yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Tun Razak pada 2018, mereka merampas wang tunai, barang kemas, jam tangan dan beg tangan bernilai antara RM900 juta (S$281 juta) dengan RM1.1 bilion pada masa itu - rampasan terbesar dalam sejarah Malaysia.



Para penyiasat mengambil masa 16 hari untuk mengira barang-barang yang diisi dengan ratusan beg dan kotak.



Barangan paling mahal ialah seutas rantai emas dan berlian bernilai RM6.4 juta.



Gaya hidup mewah Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, 70 tahun, telah lama menjadi bualan ramai, dan peranannya dalam skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Buat pertama kalinya dalam catatan sejarah Malaysia, Najib menjadi bekas perdana menteri pertama dipenjarakan kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.



Kegagalan rayuan terakhir Datuk Najib menandakan kejatuhan bagi seorang ahli politik berpendidikan Britain yang telah dipersiapkan untuk mengisi jawatan tertinggi negara itu.



Lelaki berusia 69 tahun itu dilahirkan dalam kalangan bangsawan pemerintah, sebagai anak kepada perdana menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Dato' Hussein dan merupakan anak saudara kepada Tun Hussein Onn, perdana menteri ketiga.



Datuk Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang dan mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England.



Dia juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada 1974.



Penglibatan Datuk Najib di dalam dunia politik bermula selepas kematian bapanya secara mengejut pada 1976 akibat penyakit leukemia.



Datuk Najib yang ketika itu berusia 23 tahun dipilih untuk menjadi calon Parlimen Pekan, akhirnya menang tanpa bertanding sekaligus mencatat sejarah sebagai ahli parlimen termuda ketika itu.



Sejak itu satu demi satu jawatan mula disandang olehnya.



Pada 1978 ketika berusia 25 tahun, dia dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos.



Sekali lagi menyaksikan Datuk Najib mencatat sejarah sebagai timbalan menteri paling muda dan kemudiannya beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berusia 29 pada 1982 sehingga 1986.



Antara jawatan yang pernah disandangnya bagi mengukuhkan lagi potfolionya adalah jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan pada tahun 1980-1981, Timbalan Menteri Kewangan (1981-1982), Kementerian Belia dan Sukan|Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1986-1987), Menteri Pertahanan (1990-1995, 1999-2008) dan Menteri Pendidikan (1995-1999).



Kerjaya politiknya terus menyinar dan dia telah menjawat pelbagai jawatan dalam kabinet termasuk sebagai Timbalan Menteri dan Menteri dan pada 3 April 2009, Datuk Najib telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri yang keenam.



Selain menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, dia juga menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan 1.



Datuk Najib juga telah menghadapi beberapa skandal sepanjang kerjaya politiknya.



Sebagai timbalan perdana menteri, dia dituduh terlibat dalam pembunuhan warga Mongolia Cik Altantuya Shaariibuu pada 2006, tetapi dia berulang kali menafikan penglibatannya. Siasatan polis membersihkan namanya daripada sebarang penglibatan.



Pada 2015, skandal 1MDB meletus, yang menyebabkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai pembangkang untuk menjatuhkannya pada 2018.



Identiti 'Malaysian Official 1' pula dinamakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB merujuk kepada Datuk Najib.



Datuk Najib juga akan kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan secara automatik selepas 14 hari dipenjarakan jika tiada sebarang prosedur mahkamah lain atau permohonan pengampunan diraja dibuat dalam tempoh berkenaan.



Dia juga boleh memohon mendapatkan pengampunan diraja, namun, perlu menjalani hukuman penjara dalam tempoh tertentu terlebih dahulu, kata pengamal undang-undang.



Proses pengampunan akan mengambil masa kerana ia tertakluk kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong.



Selesai proses mahkamah membabitkan kes menyeleweng dana SRC International, Datuk Najib masih berdepan empat lagi kes berprofil tinggi yang sedang didengar di Mahkamah Tinggi.



Empat lagi kes berprofil tinggi dihadapi Datuk Najib adalah pengubahan wang haram dana SRC, penyelewengan RM2.3 bilion dan meminda laporan audit 1MDB serta kes pecah amanah ke atas harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC). - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >