Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Darurat di M'sia tidak dilanjut lepas berakhir 1 Ogos

Parlimen adakan sidang semula namun pembangkang kecam bahas perjalanan darurat, situasi Covid-19 tidak dibenarkan
Jul 27, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia memutuskan ia tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong agar mengisytiharkan pelanjutan tempoh darurat, yang dijadual berakhir 1 Ogos.



Dalam sidang Dewan Rakyat semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan berkata kerajaan juga memutuskan membatalkan ordinan yang dibuat semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa.



Katanya kerajaan memutuskan membatalkan semua peraturan ordinan darurat (dirumuskan) semasa darurat.



"Oleh itu, (peraturan-peraturan itu telah) dibatalkan. Oleh itu, isu pembatalan tidak lagi relevan," kata Datuk Seri Takiyuddin.



Ini menyebabkan bantahan oleh pembangkang, yang menuntut beliau, yang juga Anggota Parlimen (AP) daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), menjelaskan bila peraturan itu dibatalkan dan melalui mekanisme apa.



Beliau mengatakan pembatalan itu berlaku pada 21 Julai, bertepatan dengan mesyuarat terakhir kabinet.



Dewan Rakyat Malaysia memulakan sedang pertamanya bagi tahun ini semalam, selepas ia ditangguh menyusuli pengisytiharan darurat pada 12 Januari kerana penularan membimbangkan Covid-19.



Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (Pakatan Harapan (PH)-Port Dickson) mengecam kerajaan, yang menurutnya, tidak mengikut prosedur dalam pembatalan peraturan ordinan darurat.



Datuk Seri Anwar berkata peraturan ordinan itu diisytiharkan melalui Agong dan pembatalannya juga perlu dibuat melalui cara sama, atau melalui Parlimen.



Tanpa undi terhadap ordinan darurat, kerajaan Perikatan Nasional (PN) berpotensi menyelamatkan diri daripada kehilangan majoriti, kerana beberapa AP tidak hadir semasa sidang semalam.



Sebilangan AP pembangkang mengatakan peraturan darurat harus dibatalkan melalui Parlimen sebagaimana dikehendaki perlembagaan.



Sidang itu menjadi hangat apabila beberapa AP pembangkang bangkit mempersoal perjalanannya, iaitu tidak memberi ruang kepada anggota dewan berbahas dan mengundi berhubung Proklamasi Darurat.



Antara yang bangkit adalah Tun Dr Mahathir Mohamed (Pejuang-Langkawi), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) dan Encik Ram Karpal (DAP-Bukit Gelugor).



Mantan perdana menteri Dr Mahathir menyifatkan sidang khas itu sebagai satu penipuan kerana ia tidak dibuka kepada AP untuk berbahas dan berbincang berkaitan perjalanan darurat.



Beliau berkata ia tidak menepati titah Agong dan Majlis Raja-Raja agar sidang Parlimen dibuka untuk memberi ruang kepada AP berbahas berkenaan situasi Covid-19.



"Ia adalah majlis penerangan, kami tidak perlu baca, sebenarnya kalau kita perhatikan sejarah Covid-19 ada ratusan kes sahaja tetapi ada pilihan raya Sabah menjadi ribuan kes. Tetapi buat pelan pemulihan ia meningkat kepada 17,000 kes.



"Sepatutnya berkenaan rakyat dan bukannya berkenaan politik," katanya.



"Kami sudah mengetahui rancangan pemerintah, dan kami tahu ia telah gagal. Beban Covid-19 adalah sebab berlakunya darurat, namun belum dibahaskan mengenai cara mengatasi (pendamik ini)," ujar Dr Mahathir.



Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengakui kerajaan sedia ada bukan sebuah kerajaan sempurna.



Namun, katanya, kerajaan PN pimpinannya itu tidak berpeluk tubuh membiarkan rakyat menderita, malah sentiasa bergerak dan bertindak untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat.



Yang penting, kata Tan Sri Muhyiddin, ialah semua pihak mesti bersolidariti dalam menghadapi zaman sukar sekarang.



Beliau awal bulan ini bersetuju sidang Parlimen diadakan setelah mendapat tekanan daripada Agung, Sultan Abdullah Ahmad Shah. Sidang khas lima hari itu, bermula semalam, hanya untuk memberi penjelasan kepada AP mengenai Pelan Pemulihan Nasional kerajaannya bagi Covid-19.



Sidang biasa Parlimen akan diadakan pada 6 September. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >