Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Data dapati nahas pesawat China Eastern disengajakan: Penyiasat AS

May 19, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Penyiasat Amerika Syarikat percaya seseorang di dalam pesawat China Eastern Airlines sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas dalam apa yang disifatkan bencana udara paling buruk di China dalam beberapa dekad.



Penyiasat nahas jet China Eastern Airlines sedang meneliti sama ada ia berpunca daripada tindakan yang disengajakan di atas dek penerbangan, tanpa penemuan bukti berlaku kerosakan teknikal setakat ini, kata dua orang yang diberi taklimat mengenai perkara itu lapor The Wall Street Journal.



Pesawat China Eastern MU5375 sedang dalam penerbangan dari Kunming ke Guangzhou pada 21 Mac lalu apabila ia tiba-tiba menjunam dari ketinggian 29,000 kaki lalu menghempas ke lereng gunung, menyebabkan semua 132 orang di dalam pesawat itu terkorban.



Ia bencana penerbangan paling dahsyat di China dalam tempoh 28 tahun.



Juruterbang tidak menjawab panggilan berulang daripada pengawal trafik udara dan pesawat berhampiran semasa pesawat menjuman dengan pantas, kata pihak berkuasa.



Satu sumber memberitahu Reuters pihak penyiasat sedang melihat sama ada nahas itu adalah perbuatan "sengaja".



Perakam data penerbangan, atau lebih dikenali sebagai kotak hitam, yang diperolehi dari tapak nahas, telah dihantar ke Amerika untuk analisis.



Data itu menunjukkan bahawa seseorang - mungkin juruterbang atau seseorang yang telah memaksa masuk ke dalam kokpit - memasukkan arahan menyebabkan pesawat Boeing 737-800 itu menjunam.



"Pesawat itu melakukan apa yang diarahkan oleh seseorang di kokpit," lapor akhbar itu menukil "seorang yang rapat dengan penilaian awal pegawai Amerika.



Pegawai Amerika percaya kesimpulan mereka disokong oleh fakta bahawa penyiasat China setakat ini tidak menemui sebarang masalah dengan pesawat atau kawalan penerbangan yang boleh menyebabkan nahas dan perlu ditangani dalam penerbangan akan datang.



Boeing Co, pembuat jet itu, dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika (NTSB) enggan mengulas dan merujuk soalan yang dikemuka kepada pihak berkuasa China.



Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), yang mengetuai penyiasatan itu, tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk mendapatkan komen.



Tangkapan skrin laporan The Wall Street Journal itu nampaknya telah ditapis platform media sosial Weibo dan aplikasi mesej Wechat China pada pagi Rabu.



Topik hashtag 'China Eastern' dan 'Kotak hitam China Eastern' dilarang di Weibo, yang menyebut pelanggaran undang-undang berkaitan dan pengguna juga tidak dapat berkongsi laporan berkenaan dalam kumpulan sembang di Wechat.



China Eastern Airlines tidak segera menjawab permintaan untuk mendapatkan komen.



Laporan muktamad mengenai punca nahas itu boleh mengambil masa dua tahun atau lebih kata pegawai China. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >