Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Data rasmi: Varian Covid-19 baru ditemui di 8 negeri AS

Jan 09, 2021 | 05:53 PM



WASHINGTON: VARIAN koronavirus baru lagi mudah menjangkiti kini sudah merebak ke sekurang-kurangnya lapan negeri Amerika Syarikat, dedah data rasmi pada Jumaat (8 Januari) sedang negara kuasa besar itu mencatat jumlah rekod kes virus baru.



Strain koronavirus B117 yang dikesan di Britain lewat tahun lalu didapati antara 40 hingga 70 peratus lebih tular daripada varian sebelumnya.



Data Pusat-Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menunjukkan pada Jumaat bahawa strain yang mulanya dilaporkan di Amerika minggu lalu kini dikesan di lapan negeri dengan California dan Florida adalah yang paling teruk terjejas.



Varian ini juga ditemui di Colorado, Texas, New York, Georgia, Connecticut dan Pennsylvania, dengan jumlah keseluruhan 63 kes.



Pakar penyakit berjangkit Amerika yang terulung, Antony Fauci, memberitahu majalah Newsweek pada Rabu bahawa varian ini mungkin "lebih tular di Amerika Syarikat berbanding andaian kita selama ini".



"Saya yakini ia ada di sini, kita mungkin belum mengesannya lagi...Dan saya fikir agak jelas bahawa jika ia berada di tempat seperti California, New York dan Colorado...tidak lama lagi ia akan merebak ke negeri lain," katanya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >