Topik diikuti
Pergi ke BHkuDatin didakwa cuba bunuh amah Indo

Dec 31, 2016 | 5:30 AM
Datin didakwa cuba bunuh amah Indo
PETALING JAYA: Seorang suri rumah bergelar Datin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas tuduhan cuba membunuh pembantu rumah warga Indonesia menggunakan pisau dapur, penyangkut baju, batang mop dan payung hingga mangsa parah, minggu lalu.
Tertuduh, Rozita Mohamad Ali, 43 tahun, bagaimanapun tidak mengaku salah.