Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Datin dituduh cuba bunuh amah Indonesia

Dec 30, 2016 | 12:27 PM
Datin Rozita Mohamad Ali (tengah) menutup mukanya daripada jurugambar di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didakwa cuba membunuh pembantu rumah warga Indonesianya.
Datin Rozita Mohamad Ali (tengah) menutup mukanya daripada jurugambar di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didakwa cuba membunuh pembantu rumah warga Indonesianya. - GAMBAR NSTP

PETALING JAYA: Seorang datin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya atas tuduhan cuba membunuh pembantu rumah warga Indonesianya.

Memakai pakaian, tudung dan cermin mata hitam, Datin Rozita Mohamad Ali, 43 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di depan Hakim Mohamad Kamil Nizam pada Jumaat (30 Dis).

Rozita didakwa cuba membunuh Cik Suyanti Sutrinso, 19 tahun, dengan menggunakan pisau dapur, penyangkut baju, mop keluli dan payung, menyebabkan pelbagai kecederaan di kepala, tangan, kaki dan organ dalaman beliau.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya antara 7 pagi dengan 12 tengah hari pada 21 Disember di sebuah rumah di Mutiara Damansara.

Peguam Rosal Azimin Ahmad merayu ikat jamin RM5,000 ($1,600) bagi Rozita, yang katanya menghidap semput dan tidak bekerja.

Bagaimanapun, Hakim Mohamad Kamil membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport Rozita dirampas mahkamah.

Beliau menetapkan kes itu disebut semula pada 17 Feb 2017. - The Star/Asia News Network

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg