Datuk Mustafa Maarof meninggal dunia
Dec 15, 2014 | 10:30 AM

PULANG KE RAHMATULLLAH: Bintang filem, Datuk Mustafa Maarof, meninggal dunia pada usia 79 tahun, pada pagi ini. - Foto -
KUALA LUMPUR: Seniman filem Melayu klasik, Datuk Mustapha Maarof, 79 tahun, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Wangsa Maju pada 8.38 pagi tadi.
Mustapha atau nama sebenarnya, Mustapha Azhari Maarof, meninggal di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas dua minggu mendapatkan rawatan akibat penyakit paru-paru.
Jenazah akan disempurna di hospital dan disembahyangkan di Masjid Sentul sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Ampang yang dijangka selepas Zuhur. - Sinar Harian, Rotikaya.com

