Topic followed successfully
Go to BHkuDatuk Onn Hafiz Ghazi dilantik Menteri Besar Johor ke-19
Datuk Onn Hafiz Ghazi dilantik Menteri Besar Johor ke-19
Datuk Onn Hafiz Ghazi dilantik Menteri Besar Johor ke-19
JOHOR BAHRU: Cicit kepada Pengasas dan Presiden Umno, Datuk Onn Jaafar, iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi, sah dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-19.
Pelantikan beliau, dilihat sebagai satu kejutan kerana Barisan Nasional (BN) sepanjang berkempen menyatakan bekas menteri besar Datuk Seri Hasni Mohammad, akan dilantik semula sebagai menteri besar sekiranya BN menang dalam pilihan raya negeri Johor itu.
Datuk Onn Hafiz, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar kira-kira 3 petang Selasa (15 Mac).
Datu Onn Hafiz adalah Naib Ketua Bahagian Umno Simpang Renggam, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada pilihan raya negeri (PRN) Johor pada Sabtu lalu, dengan majoriti 6,543 undi.
Beliau menggantikan Datuk Hasni yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020 sehingga DUN dibubarkan pada Januari lalu.
Berumur 43 tahun, lulusan jurusan perakaunan dari University of Hertfordshire itu juga adalah anak saudara kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Laporan lanjut di Berita Harian esok.
