Topic followed successfully
Go to BHkuDebu dan ribut membadai Australia selepas kebakaran hutan
Debu dan ribut membadai Australia selepas kebakaran hutan
Jan 20, 2020 | 7:02 PM
Debu dan ribut membadai Australia selepas kebakaran hutan
SYDNEY: Ribut debu membadai kawasan luar bandar Australia yang kini dilanda musim kemarau, sekali gus mengancam keselamatan penduduk di bandar besar termasuk Sydney.
Ribut yang turut membawa hujan lebat itu menyaksikan semua permukaan dilitupi tanah kering berwarna kemerah-merahan, seperti yang berlaku di Dubbo dan New South Wales (NSW), wilayah berpenduduk paling ramai di Australia.
Keadaan itu membawa bencana baharu selepas sebahagian besar Australia berhempas pulas memadamkan kebakaran hutan sejak September lalu, sekali gus mencemari suasana musim panas yang lazimnya waktu puncak bagi pelancongan. - Reuters
