Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS dedah dokumen rahsia serangan 9/11, tiada bukti Saudi terlibat

Sep 13, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Biro Siasatan Federal (FBI) kelmarin menyiarkan dokumen pertama yang diubah status rahsianya berkaitan siasatan Amerika Syarikat ke atas serangan 9/11 dan dakwaan bahawa kerajaan Arab Saudi memberi sokongan kepada perampas pesawat yang digunakan dalam serangan tersebut.



Dokumen tersebut mendedahkan hubungan perampas itu dengan rakan kerjasama mereka di Amerika, namun tiada bukti pembabitan kerajaan Arab Saudi dalam serangan pada 9 September 2011 itu.



Disiarkan pada ulang tahun ke-20 serangan 9/11, dokumen itu adalah laporan siasatan pertama didedahkan sejak Presiden Amerika, Encik Joe Biden, mengarahkan semakan terhadap bahan siasatan sesuai dikongsi dengan orang awam.



Encik Biden berdepan tekanan daripada keluarga mangsa sejak beberapa minggu kebelakangan ini, yang sekian lama mencari rekod itu ketika mereka membuat tuntutan di mahkamah New York dengan mendakwa pegawai kanan Arab Saudi terbabit dalam serangan 9/11.



Arab Saudi menafikan sejak awal bahawa ia terlibat dalam serangan yang dirancang dan dilaksana kumpulan pengganas Al-Qaeda itu.



Rabu lalu, Kedutaan Arab Saudi di Washington berkata ia menyokong pendedahan sepenuhnya semua rekod berkaitan 9/11 dan melihat ia sebagai cara "mengakhiri selama-selamanya tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan Arab Saudi".



Kedutaan itu juga mengatakan bahawa setiap tuduhan mengaitkan pembabitan Arab Saudi adalah "benar-benar palsu".



Minggu lalu, Encik Biden mengarahkan Jabatan Kehakiman Amerika dan agensi lain melakukan semakan terhadap dokumen penyiasatan dan menyiarkan maklumat tertentu dalam enam bulan.



Dokumen itu dikeluarkan kelmarin malam, beberapa jam selepas Encik Biden menghadiri acara peringatan 9/11 di tapak serangan di New York, Pennsylvania dan Virginia Utara.



Saudara-mara mangsa sebelum ini membantah kehadiran Encik Biden selagi dokumen terbabit yang dianggap sulit tidak didedahkan.



Rekod yang disunting itu mendedahkan wawancara pada 2015 bersama seorang individu yang memohon kerakyatan Amerika dan pada tahun sebelumnya berulang kali berhubungan dengan warga Arab Saudi yang menurut penyiasat memberi "sokongan logistik signifikan" kepada beberapa perampas. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >