Premium
IS dedah video detik akhir militan warga Malaysia
Pakar buat bom dilapor terbunuh bersama 13 anggota Abu Sayyaf dalam pertempuran dengan tentera Filipina
Feb 17, 2016 | 5:30 AM
PEMILIK KEDAI BUKU: Kumpulan militan IS mengesahkan bahawa militan warga Malaysia, Mohd Najib Hussein, terbunuh pada 16 Disember lalu. - Foto THE STAR -
PETALING JAYA: Kumpulan militan IS mendedahkan sebuah video yang merakamkan detik akhir seorang pemilik kedai buku warga Malaysia yang menjadi pakar membuat bom di selatan Filipina.
Video selama tujuh minit dan 40 saat itu mengesahkan laporan bahawa Mohd Najib Hussein terbunuh pada 16 Disember lalu.

