Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SIDANG PUNCAK G20

Deklarasi G20 tentang keras pencerobohan Russia di Ukraine

Nov 17, 2022 | 05:30 AM



PARA pemimpin negara-negara utama Kumpulan 20 (G20) membuat deklarasi kesepakatan bersama yang menentang sekeras-kerasnya pencerobohan Russia terhadap Ukraine.



Di akhir Sidang Puncak G20 selama dua hari yang berakhir semalam, majoriti anggota meluluskan deklarasi itu dan mengutuk serangan itu serta meminta agar Russia menarik diri dari Ukraine dengan segera.



Russia, yang juga anggota G20, tidak hadir pada hari terakhir itu setelah Menteri Luarnya, Encik Sergei Lavrov meninggalkan Bali kelmarin.



Deklarasi itu juga menyatakan undang-undang antarabangsa perlu dipatuhi, sambil menambah bahawa ancaman menggunakan senjata nuklear tidak boleh diterima.



"Kami menegaskan kembali kedudukan kami yang mengutuk dengan sangat keras pencerobohan Russia terhadap Ukraine dan menuntut penarikan penuh dan tanpa syarat dari wilayah Ukraine," kata deklarasi itu.



Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, menyatakan beliau gembira dengan tercapainya deklarasi itu sejak setahun Indonesia menjadi Presiden G20.



"Ini adalah deklarasi pertama yang bisa diwujudkan sejak Februari 2022," katanya.



Perang di Ukraine menjejas ekonomi sejagat dan kestabilan kewangan, serta meningkatkan inflasi termasuk kuasa tenaga. G20 juga bersetuju agar bank-bank pusat akan terus menyesuaikan rentak mengetatkan dasar kewangan bagi menangani inflasi.



Semalam, dunia dikejutkan apabila sebuah peluru berpandu buatan Russia didakwa telah membunuh dua orang di Poland, sebuah anggota Nato.



Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, telah mengadakan mesyuarat tergempar dengan anggota G20 di Bali, dan bersetuju membuat siasatan sebelum tindakan selanjutnya diambil.



Deklarasi G20 juga memberi komitmen untuk meneruskan usaha mengehadkan suhu iklim kepada 1.5 darjah celsius.



Ia memerlukan tindakan dan komitmen semua anggota, ujar deklarasi itu.



Presiden Turkey, Encik Tayyip Erdogan, berkata perjanjian membenarkan Ukraine mengeksport bijirin melalui Laut Hitam, yang tarikh luputnya berakhir Sabtu ini, akan dilanjutkan.



Lanjutan berhubung inisiatif bijirin Laut Hitam disifatkan sebagai 'cemerlang', kata Perdana Menteri Belanda, Encik Mark Rutte.



Inisiatif itu merupakan kesepakatan dilakukan oleh Russia, Ukraine dengan Turkey dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB).



Dalam sidang video yang disiarkan kelmarin, Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky berharap perjanjian itu dilanjutkan. - NORHAIZA HASHIM



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >