Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA PERTENGAHAN PENGGAL AMERIKA

Demokrat kekal kuasai Dewan Senat Amerika

Kemenangan di Nevada beri kemenangan besar kepada kepimpinan Presiden Biden
Nov 15, 2022 | 05:30 AM



PHOENIX (Arizona): Parti Demokrat akan kekal menguasai Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) selepas Senator Catherine Cortez Masto dipilih semula di Nevada, memberikan kemenangan besar kepada Presiden Joe Biden.



Dua saluran penyiaran, MSNBC dan CNN, mengumumkan keputusan persaingan bagi pemegang kerusi itu, selepas beliau mendahului 0.5 peratus semasa kiraan awal pemilihan pada Sabtu lalu.



Keputusan awal menunjukkan beliau mendahului dengan 48.7 peratus berbanding 48.2 peratus undi yang diperolehi saingannya dari parti Republikan, Encik Adam Laxalt, bekas peguam negara yang dilantik oleh mantan presiden, Encik Donald Trump.



Dengan kemenangan Cik Cortez Masto itu, menyusul kemenangan Senator Mark Kelly, juga dari Demokrat yang mengekalkan kerusinya di Arizona lewat Jumaat lalu, Demokrat kini menguasai 50 kerusi Dewan Senat.



Ini cukup untuk mengekalkan penguasaan dalam dewan itu pada 2023-24, sedang Naib Presiden, Cik Kamala Harris, pula boleh menjadi penentu dalam dewan yang mempunyai 100 anggota.



Jika seorang lagi anggota Demokrat, Senator Raphael Warnock, menang dalam pemilihan pada 6 Disember nanti, menentang anggota Republikan Herschel Walker, ini akan menambah lagi majoriti Parti Demokrat menjadi 51-49.



Itu seterusnya akan memberikan Demokrat kelebihan tambahan dalam meluluskan bilangan terhad rang undang-undang kontroversi yang dibenarkan untuk diluluskan dengan majoriti undi mudah, berbanding 60 undi yang diperlukan untuk kebanyakan undang-undang.



Sekarang ini, Senator Joe Manchin di West Virginia dan Cik Kyrsten Sinema di Arizona adalah undi yang boleh menyekat atau menangguhkan beberapa inisiatif utama Encik Biden, termasuk pengembangan beberapa program sosial.



Namun, dengan 51 kerusi Demokrat dalam Dewan Kongres akan datang, pengaruh Encik Manchin dan Cik Sinema akan sedikit lemah.



Encik Biden berkata beliau amat berpuas hati dengan bilangan mereka yang keluar mengundi dan menambah bahawa Republikan kini perlu tahu "siapa mereka".



Bercakap kepada wartawan di Kemboja menjelang Sidang Puncak Asia Timur, Encik Biden berkata tumpuan beliau kini adalah bagi persaingan kerusi Senat di Georgia.



Republikan terus mempunyai kelebihan dalam persaingan untuk menguasai Dewan Perwakilan.



Tetapi keputusan masih belum diumumkan di beberapa kawasan, termasuk di California.



Demokrat telah mencatatkan beberapa kemenangan mengejut pada Sabtu lalu, dengan kemenangan dijangka di daerah ketiga Washington, di mana anggota Demokrat, Cik Marie Gluesenkamp Perez, mengalahkan calon Republikan, Encik Joe Kent, yang dilantik oleh Encik Trump.



Ia memerlukan beberapa hari lagi sebelum lebih banyak keputusan diumumkan bagi memastikan siapakah yang akan menguasai dewan yang mempunyai 435 kerusi itu.



Nevada, medan pertarungan di mana para pengundi telah memberikan sokongan kuat terhadap isu hak pengguguran anak, tetapi menghadapi masalah perumahan yang serius serta inflasi bekalan tenaga.



Encik Biden berada di luar negara bagi menghadiri sidang puncak G20, semasa keputusan pemilihan itu diumumkan.



Cik Cortez Masto, seorang senator yang baru sepenggal, seperti juga Encik Laxalt, telah berkhidmat selaku peguam negara, memperkecilkan lawannya mengenai beberapa isu: menghina keputusan perbicaraan mengenai pengguguran yang telah ditarik balik oleh Mahkamah Agung tahun ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >