Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Demonstrasi bantah sekatan Covid-19 di Eropah

Nov 23, 2021 | 05:30 AM



BRUSSELS: Keganasan tercetus dalam protes terhadap langkah anti-Covid-19 membabitkan hampir 35,000 orang di Brussels, kelmarin.



Perarakan yang dinamakan 'Bersama untuk Kebebasan', sebahagian besarnya tertumpu pada larangan ke atas orang yang tidak divaksinasi memasuki premis seperti restoran dan bar.



Ia bermula secara aman tetapi polis kemudiannya melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata sebagai tindak balas kepada penunjuk perasaan yang melontar objek.



Sekurang-kurangnya dua polis cedera dalam kejadian itu ketika pegawai yang memakai peralatan rusuhan menyerbu orang ramai menggunakan meriam air.



Seorang penunjuk perasaan dibawa oleh ambulans berhampiran Berlaymont, ibu pejabat Kesatuan Eropah (EU).



Polis berkata, seramai 42 orang ditahan manakala dua lagi ditangkap dan keadaan kembali terkawal dengan jalan-jalan dibuka semula.



Eropah berdepan satu lagi gelombang jangkitan Covid-19 dan beberapa negara telah mengetatkan sekatan walaupun telah mencapai tahap vaksinasi yang tinggi.



Belgium, antara negara yang paling teruk dilanda gelombang terkini mengeluarkan peraturan bekerja dari rumah dan mengukuhkan sekatan yang menyasarkan mereka yang tidak divaksinasi.



Dengan purata hampir 10,300 jangkitan baharu setiap hari sepanjang minggu lalu, Belgium kembali kepada kadar penyebaran virus yang tidak pernah dilihat selama setahun.



Belgium juga merekodkan 42 kematian akibat Covid-19 pada Jumaat lalu.



Bagaimanapun, polis menyatakan kepada agensi berita Belga bahawa tiga pegawai polis cedera dalam rusuhan itu, tanpa memberikan butiran lanjut.



Selain di Brussels, polis dan penunjuk perasaan turut bertempur di beberapa bandar di Belanda serta di wilayah Guadaloupe.



Selain itu, rusuhan baharu juga dilaporkan berlaku di Austria, di mana kerajaan mengenakan sekatan pergerakan baharu dan mewajibkan vaksin Covid-19.



Penunjuk perasaan menyalakan bunga api dan merosakkan harta benda di bandar utara Groningen dan Leeuwarden, serta di timur Enschede dan selatan Tilburg, kata polis.



Setakat ini, lebih 100 orang ditahan di seluruh negara itu dan sekurang-kurangnya 12 individu cedera dalam insiden itu.



Kira-kira 6,000 orang berkumpul di bandar Linz, Austria dalam rusuhan yang dianjurkan parti politik baharu, sehari selepas 40,000 berarak di Vienna kerana sekatan pergerakan separa.



Selain itu, tentera menuju ke Guadeloupe kelmarin selepas seminggu pergolakan akibat langkah Covid-19, manakala Perdana Menteri Perancis, Encik Jean Castex, dijadualkan mengadakan pertemuan di Paris dengan pegawai dari pulau Caribbean Perancis itu.



Sekatan jalan raya terus dilaksanakan kelmarin selepas penunjuk perasaan yang ingkar perintah berkurung merompak dan membakar kedai dan farmasi.



Polis menahan 38 individu dan dua anggota pasukan keselamatan cedera.



Perdana Menteri Greece, Encik Kyriakos Mitsotakis, minggu lalu telah mencadangkan semua rakyat Eropah yang belum menerima atau enggan divaksin Covid-19 perlu 'dikurung' bagi mengekang lonjakan kes jangkitan.



Perkara itu dibangkitkan selepas Greece menjadi antara negara Kesatuan Eropah (EU) melaksanakan lebih banyak sekatan terhadap rakyat yang belum atau enggan divaksin susulan lonjakan jangkitan koronavirus dalam tempoh beberapa minggu.



Encik Mitsotakis berkata, individu yang belum divaksin dihalang memasuki kawasan tertutup termasuk restoran, pawagam, muzium dan gimnasium walaupun mereka disahkan negatif Covid-19.



Bagaimanapun, kehadiran ke gereja dibenarkan dengan syarat mengemukakan bukti ujian calitan Covid-19 adalah negatif. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >