Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dera anak berkeperluan khas di pusat jagaan kanak-kanak di M'sia: Pengetua warga SG diberkas

Oct 14, 2021 | 05:30 AM



SEORANG wanita Singapura yang merupakan pengetua pusat jagaan kanak-kanak di Malaysia didakwa menganiayai seorang kanak-kanak berkeperluan khas dalam jagaannya.



Cik Sharifah Mazlan, 51 tahun, ditangkap pada Oktober 3 di Ampang Jaya, Malaysia, lapor The Straits Times.



Dalam satu kenyataan semalam, ketua polis Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak berkata polis Malaysia telah menamatkan siasatan dan telah merujuk kes itu kepada pihak pendakwaraya.



Menurutnya Cik Sharifah akan didakwa kerana mengabai kanak-kanak dan tinggal di Malaysia melebihi masa.



Dia bekerja sebagai pengetua Pusat Jagaan Maikidz di Selangor, Malaysia.



Pusat jagaan kanak-kanak memberi tumpuan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas dengan tujuh kanak-kanak di bawah jagaan.



Laman web berkata Cik Sharifah mempunyai pengalaman mengajar selama 16 tahun dan pusat juga menawarkan latihan bagi ibu bapa dan guru-guru bagaimana untuk menguruskan kanak-kanak dengan berkeperluan khas.



Tetapi pada 3 Oktober, ibu bapa seorang kanak-kanak enam tahun bahawa pengetua itu telah mendera anak lelakinya dalam satu kejadian pada 1 Oktober.



Lelaki itu berkata dalam pos Facebook bahawa lelaki autistik adalah pelajar di pusat dan akan kembali dengan lebam di muka dan badannya.



Beliau pada awalnya sangkakan anaknya mengalami lebam itu kerana cuba mengelakkan diri daripada terlanggar barang di pusat itu.



Tetapi pada 1 Oktober, beliau mendapati terdapat tanda di bahagian belakang anak lelakinya yang menurutnya tidak mungkin akibat anaknya melakukannya sendiri.



Pos lelaki itu termasuk gambar anaknya dengan lebam yang dapat dilihat di bahagian dahinya, bersebelahan mata kanannya dan di bahagian kiri bahunya.



Ia turut merangkumi rakaman kamera keselamatan selama 47 saat yang dikatakan daripada pusat itu, menunjukkan kejadian itu.



Dalam satu video, seorang wanita yang dilihat sedang cuba untuk memberi makanan kepada seorang anak yang tidak mahu memakan makanannya.



Sedang kanak-kanak itu menunjuk perasaan, beliau mengangkat tapak tangannya dan budak itu dengan serta-merta melindungi mukanya dengan kedua-dua tangannya.



Budak lelaki itu kemudian melarikan diri tetapi dengan pantas diheret semula oleh wanita itu sebelum menghempaskan budak tersebut ke atas tempat duduknya.



Kerusi itu kemudian ditolak ke hadapan menyebabkan budak lelaki itu mencengkam ke hadapan meja, sebelum dia dipaksa makan sekali lagi.



Seorang lagi wanita dalam video itu dilihat sedang menyapu sampah dengan santai sekitar budak lelaki dan wanita.



Pos itu telah dikongsi lebih 27,000 kali, dan menarik kemarahan daripada ramai termasuk Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Malaysia, Rina Mohd Harun yang menegaskan bahawa tindakan pantas dan tegas perlu diambil.



Polis Malaysia juga berkata pusat itu yang telah beroperasi selama tujuh tahun juga mempunyai lesen yang sudah luput.



Mereka juga menambah Cik Sharifah juga telah tinggal melebihi masa dengan pas lawatan sosial luput.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >