Premium
Derita Marawi masih berpanjangan
Penduduk tetap dilarang pulang ke rumah, belum terima sebarang pampasan atas kerosakan harta benda tiga tahun selepas pemerintah Filipina isytihar bandar bebas daripada pengganas
Nov 2, 2020 | 5:30 AM
MASIH PERLU DIBANGUNKAN: Keadaan bandar Marawi lewat tahun lalu menunjukkan banyak bangunan yang kelihatan masih rosak dan perlu diperbaiki. Ribuan penduduk bandar itu masih tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dan masih tinggal di tempat perlindungan sementara. - Foto REUTERS -
MANILA: Tiga tahun selepas pemerintah Filipina mengisytiharkan bandar Marawi dibebaskan daripada kumpulan pengganas yang menyokong ISIS, penduduk di bandar itu masih tetap dilarang pergi ke rumah mereka, selain belum menerima sebarang pampasan atas kerosakan harta benda mereka.
"Tidak ada apa yang dapat diperingati, hanya penderitaan kami yang berlanjutan hingga hari ini," kata Encik Drieza Lininding, seorang aktivis masyarakat peribumi Maranao di selatan Filipina yang mempunyai majoriti penduduk Muslim.

