Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SEMPENA 20 TAHUN SERANGAN PENGGANAS 9/11

Detik rakyat AS bangkit, hidupkan memori bersama tersayang

Sep 12, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Amerika Syarikat memperingati ulang tahun serangan pengganas 9/11 semalam dengan perhimpunan yang diwarnai oleh pengunduran tentera negara itu dari Afghanistan dan kumpulan Taleban kembali berkuasa.



Kenangan meruntun jiwa itu dihayati semula rakyat Amerika di tiga lokasi serangan kumpulan Al-Qaeda - pusat kewangan, budaya dan politik di benua Amerika.



Upacara berlangsung beberapa jam di Ground Zero, iaitu tapak serangan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York City, dengan keluarga mangsa menyebut nama setiap daripada 3,000 korban serangan itu.



Enam sesi bertafakur turut diadakan selaras dengan tempoh masa dua menara WTC diserang lalu runtuh dan serangan ke atas Pentagon, iaitu ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika di Arlington, Virginia.



Cik Monica Iken-Murphy, yang kehilangan suaminya, Encik Michael Iken, 37 tahun, dalam serangan di WTC, menyifatkan upacara kali ini sebagai detik kebangkitan bagi semua rakyat Amerika.



Menurutnya, meskipun sudah 20 tahun, kesedihan masih menghantui ahli keluarga korban dan mangsa terselamat.



"Insiden itu seolah-olah baru sahaja berlaku," katanya kepada AFP.



Encik Frank Siller, adik Encik Stephen Siller, anggota bomba yang terkorban di WTC, menyifatkan upacara itu bertujuan menghidupkan kembali memori bersama insan tersayang.



"Ia seperti Pearl Harbor... Amerika tidak akan melupakan insiden Pearl Harbor dan tragedi 9/11," katanya.



Selain serangan ke atas WTC dan Pentagon, sebuah lagi pesawat yang dirampas pengganas Al-Qaeda gagal mengena sasarannya dan terhempas di Pennsylvania.



Dalam tempoh 20 tahun sejak serangan 9/11, pengasas Al-Qaeda, Osama bin Laden, diburu dan dibunuh, dan sebuah pencakar langit telah muncul di Manhattan, menggantikan Menara Kembar WTC yang diserang.



Dan kurang dua minggu lalu, tentera Amerika terakhir meninggalkan lapangan terbang Kabul, mengakhiri apa yang dianggap sebagai "peperangan selama-lamanya".



Namun, Taleban, yang dahulu melindungi Osama, kini kembali memerintah Afghanistan.



Di pusat tahanan tentera Amerika di Teluk Guantanamo, suspek dalang 9/11 Khalid Sheikh Mohammed dan empat lagi lelaki yang didakwa terlibat masih menunggu perbicaraan, sembilan tahun selepas tuduhan dikemukakan ke atas mereka.



Malah, kisah penuh bagaimana serangan itu berlaku tetap menjadi rahsia.



Hanya minggu lalu Presiden Joe Biden memerintahkan status rahsia dokumen daripada siasatan Biro Siasatan Federal (FBI) diubah dalam tempoh enam bulan ini.



Presiden Biden merancang agar semalam menjadi hari penting kepresidenannya yang berusia hampir lapan bulan.



Namun, beliau menghadapi negara yang marah mengenai pengunduran tergesa-gesa dari Kabul, yang menyebabkan 13 askar Amerika terbunuh dalam satu serangan bunuh diri.



Bagi sanak saudara mangsa 9/11, ulang tahun serangan itu, seperti selalu, adalah bagai mengekalkan ingatan terhadap orang-orang yang disayangi. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >