Premium
Dewan AS lulus mansuh Obamacare
May 6, 2017 | 5:30 AM
RAI KEJAYAAN: Encik Donald Trump (tengah) berhimpun bersama Naib Presiden Mike Pence (kanan) dan anggota Kongres dari parti Republikan di Taman Ros, Rumah Putih selepas Dewan Perwakilan meluluskan langkah mansuhkan Obamacare. - Foto REUTERS -
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, merai kejayaan awal dalam percubaannya memansuhkan undang-undang penjagaan kesihatan mantan presiden Barack Obama, selepas rang itu melepasi antara halangan utama di Kongres semalam.
Beliau secara peribadi memujuk ahli Republikan agar menyokong rancangan yang bakal menjejaskan jutaan warga Amerika itu.

