Topik diikuti
Pergi ke BHkuDewan Masjid Indonesia minta semua masjid henti solat berjemaah
Ini sedang Indonesia catat 225,030 kes jangkitan Covid-19 dan 8,965 kematian
1 of 2
Sep 17, 2020 | 5:30 AM
Dewan Masjid Indonesia minta semua masjid henti solat berjemaah
JAKARTA: Dewan Masjid Indonesia (DMI) meminta masjid di seluruh Jakarta untuk menghentikan sementara solat berjemaah sedang ibu kota itu melaksanakan semula sekatan sosial skala besar (PSBB) dalam tempoh dua minggu bermula Isnin lalu.
"(Saya harap) masjid dapat meminimumkan atau menghentikan semua kegiatan melibatkan jemaah besar, termasuk solat Jumaat, hingga pelaksanaan PSBB tamat," kata ketua DMI, Encik Jusuf Kalla, kelmarin seperti ditukil oleh kompas.com.