Dewan Perwakilan Indonesia mahu langkah pencegahan jangkitan lebih ketat
Mar 04, 2020 | 05:30 AM
JAKARTA: Anggota Dewan Perwakilan Indonesia telah menuntut supaya pemerintah negara itu melaksana langkah pencegahan lebih tegas selepas dua kes koronavirus pertama dikesan di negara itu.
Encik Darul Siska, anggota Suruhanjaya IX, yang memantau isu kesihatan, tenaga kerja dan kependudukan, berkata pemerintah negara itu telah gagal melakukan pemeriksaan sewajarnya di pintu masuk imigresen bagi mencegah penularan virus di Indonesia.