Subuh
5:45
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:25
Maghrib
7:13
Isyak
8:23

Dewan Perwakilan AS luluskan rang haramkan senjata api

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Dewan Perwakilan AS luluskan rang haramkan senjata api

Bagaimanapun rang akan dibawa ke Senat dan kemungkinan besar ditolak
Jul 31, 2022 | 05:30 AM

WASHINGTON DC: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) kelmarin meluluskan rang undang-undang (RUU) bagi mengharamkan senjata api serangan buat kali pertama dalam tempoh beberapa dekad, susulan siri tembakan besar-besaran yang menakutkan di negara itu.

RUU itu diluluskan selepas 217 ahli Dewan menyokong dan 213 ahli lagi menolak, dalam Dewan yang majoritinya ahli Demokrat dan kini RUU itu akan dibawa ke Senat, di mana ia kemungkinan besar akan gagal mendapat sokongan.

Reformasi bagi senjata api menimbulkan perpecahan besar di AS walaupun rakyatnya ditembak mati beramai-ramai, dengan hanya dua ahli Republikan menyertai Demokrat bagi menyokong larangan senjata serangan di Dewan itu.

Dalam Dewan Senat yang mempunyai 100 ahli, Demokrat hanya mempunyai 50 kerusi dan 10 undi Republikan diperlukan untuk membawa RUU itu ke peringkat untuk dipertimbangkan.

Kongres meluluskan larangan selama 10 tahun ke atas senapang serangan dan kelopak peluru berkeupayaan tinggi tertentu pada 1994, namun penggubal undang-undang membiarkan larangan itu tamat pada 2004 dan sejak itu, penjualan senjata berkenaan meningkat.

Speaker Dewan Rakyat dari Demokrat, Cik Nancy Pelosi, menyifatkan RUU terbaru itu sebagai langkah penting dalam perjuangan berterusan terhadap 'wabak' maut keganasan akibat senjata api di AS.

Ia akan mengharamkan penjualan, import, pembuatan atau pemindahan senjata separa automatik tertentu seperti yang digunakan dalam tembakan besar-besaran di Buffalo, New York, Uvalde, Texas dan Highland Park, Illinois, baru-baru ini.

Seorang individu dengan ideologi haluan kanan kulit putih, menembak mati 10 warga Afrika Amerika di sebuah pasar raya di Buffalo pada Mei lalu.

Seramai 19 murid sekolah dan dua guru dibunuh seorang lelaki berusia 18 tahun di sebuah sekolah rendah di Uvalde pada bulan yang sama dan tujuh ditembak mati ketika perarakan pada 4 Julai lalu di Highland Park.

Selepas pembunuhan beramai-ramai di Uvalde, Presiden AS, Encik Joe Biden, merayu kepada penggubal undang-undang untuk sekali lagi mengharamkan senapang serangan atau sekurang-kurangnya menaikkan usia minimum untuk membeli senjata itu daripada 18 kepada 21 tahun.

Bagaimanapun, penggubal undang-undang Republikan, yang melihat sekatan itu sebagai bertentangan dengan hak perlembagaan untuk membawa senjata, menolak untuk menyokongnya. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3