Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dewan Perwakilan AS masih gagal lantik Speaker

Jan 07, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON DC: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat terus buntu selepas Parti Republikan gagal melantik pemimpin tertinggi parti itu, Encik Kevin McCarthy, sebagai Speaker untuk hari ketiga berturut-turut.



Ini mengakibatkan sidang Dewan kelmarin terpaksa ditangguhkan sebelum bersambung semula pada tengah hari semalam (1 tengah malam hari ini, waktu Singapura).



Encik McCarthy seharusnya mengetuai dewan rendah Kongres, tetapi langkahnya telah disekat oleh penyokong konservatif untuk 11 undi berturut-turut sejak Dewan kembali untuk penggal baharu minggu ini.



Dewan AS ditangguhkan sedang sekutu Encik McCarthy cuba membuat perjanjian dengan ahli kumpulan yang telah menyekat ahli parlimen Republikan bagi California itu daripada dipilih sebagai speaker dalam 11 pusingan pengundian yang bersejarah.



Kebuntuan itu menyebabkan ahli Parti Republikan dalam Dewan itu berpecah selepas berjaya merampas semula majoriti dalam pilihan raya November lalu dan telah membekukan semua urusan lain dalam dewan, yang bersidang semula tengah hari semalam.



Encik McCarthy dan beberapa penyokongnya bertegas bahawa mereka akan meneruskan rundingan untuk mencuba dan mencari undi yang beliau perlukan - tanpa mengira berapa lama masa diperlukan.



"Saya tidak meluangkan masa untuk itu," kata Encik McCarthy selepas undian terakhir Khamis malam.



"Kami mendapat ahli bercakap. Saya rasa kita mendapat sedikit pergerakan," ujarnya.



Encik McCarthy telah cuba memecahkan kebuntuan dengan menawarkan konsesi ketara terhadap peraturan Dewan, sehingga ia boleh melemahkan keupayaan dan kuasanya mengawal golongan tegar dalam partinya, hingga menimbulkan risiko huru-hara dalam menangani isu-isu seperti had hutang dan perbelanjaan pemerintah.



Namun selepas tiga hari mengundi, 20 ahli Republikan kekal dalam penentangan mereka terhadap Encik McCarthy, lebih daripada cukup untuk menafikannya majoriti yang diperlukan untuk beliau dipilih sebagai speaker.



Kekalahan berturut-turut Encik McCarthy telah mencipta rekod pasca-Perang Saudara untuk jumlah undi yang diperlukan untuk memilih Speaker.



Pada 1923, Encik Frederick Gillett, ahli Republikan bagi kawasan Massachusetts, telah dipilih ke jawatan Speaker selepas sembilan undian.



Undian berbilang undi terakhir bagi Speaker sebelum itu adalah pada 1859, apabila 44 undi diperlukan.



Hanya enam pilihan raya speaker lain telah mengambil lebih daripada 10 undi.



Pemilihan Speaker adalah aturan pertama bagi ahli Dewan yang bersidang dan mereka tidak boleh berbuat apa-apa lagi sehingga itu dilakukan kecuali berlaku penangguhan.



Sekumpulan penentang yang paling berminat untuk menukar peraturan tatacara Dewan telah mengadakan pertemuan dengan kepimpinan dan yang lain sepanjang kelmarin.



Seorang wakil dari Texas, Encik Chip Roy; Encik Scott Perry dari Pennsylvania; dan, Encik Byron Donalds dari Florida sedang menerajui percubaan untuk memaksa perubahan yang diperlukan untuk mendapatkan undi mereka.



Mereka berusaha menyemak prosedur am untuk meminda undi, melarang pakej gergasi rang undang-undang dan mahukan jaminan agar golongan konservatif mempunyai lebih banyak kerusi dalam jawatankuasa utama.



Penentang paling tegar kelihatannya tidak menjadi sebahagian daripada perbincangan. Mereka termasuk Cik Laurant Boebert (Colorado), serta Encik Andy Biggs (Arizona) dan Encik Bob Good (Virginia).



Encik Matt Rosendale (Montana) dan Encik Eli Crane (Arizona) juga merupakan sebahagian daripada kumpulan itu.



Hanya lima orang lawan yang diperlukan untuk terus menyekat McCarthy.



"Kita perlu sampai ke tahap di mana kita mula menilai kehidupan selepas soal Kevin McCarthy ini," kata Cik Boebert semasa beliau mencalonkan Encik Kevin Hern (Oklahoma) bagi jawatan Speaker. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >