Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dewan Rakyat kecoh ketika usul percaya dibahas

Dec 20, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Persidangan pertama Dewan Rakyat mencetuskan kekecohan selepas selepas Ahli Parlimen (AP) pembangkang dan kerajaan bertikam lidah ketika berbahas tentang usul undi percaya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menguji keabsahannya sebagai Perdana Menteri.



Berlaku pertelingkahan dalam kalangan AP yang akhirnya membawa kekecohan dalam kalangan semua sedangkan keputusan undi percaya belum diperoleh.



Usul undi percaya dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, dan usul itu disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



Ketika Datuk Fadillah berucap, beliau menyentuh tentang titah Yang di-Pertuan Agong yang memberi inisiatif untuk membentuk Kerajaan Perpaduan dengan parti-parti politik utama serta AP Bebas.



Beliau meminta agar Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Anwar disokong demi kestabilan negara.



Apabila Speaker, atau Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, mahu membuka ruang untuk pembahasan, berlaku kekecohan yang dimulakan oleh AP Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, daripada pembangkang Perikatan Nasional (PN)



Datuk Shahidan bangun dengan menggunakan 'point of order' Aturan Mesyuarat 36 (7), untuk mempersoal keperluan usul undi percaya itu dilakukan dalam Dewan Rakyat.



Beliau mengatakan menteri tidak seharusnya menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong untuk mempengaruhi majlis mesyuarat.



"Kita tidak boleh menggunakan Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu untuk mempengaruhi majlis mesyuarat. Kita (boleh) bawa usul tanpa menggunakan benda ini. Sekarang dah langgar artikel 36 (7)," katanya.



Beliau juga berkata jika Agong sudah absahkan, tidak perlu usul undi percaya dibawa dan dibahas di Dewan Rakyat.



"Jadilah Perdana Menteri, tak perlu absah." ujarnya.



Beliau kemudian dibidas oleh AP Ipoh Timur, Encik Wong Kah Woh, yang mengata ia adalah fakta. Datuk Johari juga berkata Datuk Fadillah sekadar menyatakan fakta.



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, pula menganggap usul undi percaya itu sebagai gimik. AP Larut itu berkata usul itu menimbulkan banyak persoalan.



"Usul yang dibawa oleh Putrajaya ini membawa kepada banyak persoalan: Apakah usul ini mempersoalkan kuasa dan keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau adakah kerana kerajaan yang dibentuk ini adalah sebuah kerajaan minoriti?



"Tahniah YAB Tambun (Datuk Anwar) yang telah pun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November yang lepas, walaupun seperti kenyataan YAB Tambun sendiri, bahawa YB Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sudah pun dalam pusingan pertama memperolehi sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri," katanya.



Beliau turut mempertikaikan perjanjian persefahaman (MOU) yang ditandatangi oleh Datuk Anwar dan empat pemimpin parti lain berhubungan pelantikan beliau sebagai Perdan Menteri.



AP Hulu Langat, Encik Mohd Sany Hamzan, kemudian mencelah dengan mengatakan usul itu dilakukan kerana Pakatan Harapan (PH), gabungan yang dipimpin Datuk Anwar, berani membuat usul itu bagi membuktikan sokongan kepada beliu sebagai Perdana Menteri.



Beliau juga berkata Perdana Menteri kelapan, merujuk kepada Tan Sri Muhyuddin Yassin, ketika era pentadbirannya sebelum ini tidak mempunyai keberanian untuk berbuat demikian.



"Sebab kami berani, tak macam dulu. Dulu tak berani, Perdana Menteri kelapan dulu tak berani nak bawa (usul yakin). Isytiharkan darurat (sahaja)," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >