Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dewan Senat AS lulus undang-undang larang import dari Xinjiang

Jul 16, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Dewan Senat Amerika Syarikat kelmarin meluluskan undang-undang yang melarang import produk dari wilayah Xinjiang di China.



Usaha terbaru Washington itu bertujuan menghukum Beijing kerana apa yang dikatakan pegawai Amerika sebagai kejadian penghapusan kaum berterusan terhadap masyarakat Uighur dan kumpulan Muslim lain.



Undang-undang Pencegahan Tenaga Paksa Uighur akan mewujudkan "anggapan bahawa barang yang dikeluarkan di Xinjiang dibuat dengan tenaga kerja paksa" dan oleh itu dilarang di bawah Akta Tarif 1930, kecuali disahkan pihak berkuasa Amerika.



Diluluskan secara sebulat suara, tindakan dwipartisan itu akan mengalihkan beban bukti kepada pihak pengimport.



Peraturan sekarang hanya melarang kemasukan barang jika ada bukti munasabah mengenai kerja paksa.



Namun rang undang-undang itu perlu diluluskan Dewan Perwakilan sebelum dihantar ke Rumah Putih bagi Presiden Joe Biden menandatanganinya untuk dijadikan undang-undang.



Tidak dapat dipastikan dengan jelas bila undang-undang baru itu akan berkuat kuasa.



Senator Republikan, Encik Marco Rubio, yang memperkenalkan perundangan itu bersama anggota Demokrat, Encik Jeff Merkley, meminta Dewan Perwakilan bertindak segera.



"Kami tidak akan menutup mata terhadap jenayah CCP (Parti Komunis China) yang berlanjutan terhadap kemanusiaan, dan kami tidak akan membiarkan syarikat secara bebas mendapat keuntungan daripada penyalahgunaan yang mengerikan ini," kata Encik Rubio dalam satu kenyataan.



"Tidak ada syarikat Amerika yang seharusnya mendapat keuntungan daripada penyalahgunaan ini. Tidak ada pengguna Amerika yang harus secara tidak sengaja membeli produk daripada tenaga hamba," kata Encik Merkley.



Pegawai Demokrat dan Republikan mengatakan mereka menjangka tindakan itu akan mendapat sokongan kuat di Dewan Perwakilan, sambil merujuk bahawa Dewan itu telah menyetujui langkah serupa tahun lalu.



Kumpulan hak asasi, penyelidik, bekas penduduk dan beberapa penggubal undang-undang dan pegawai negara Barat mengatakan pihak berkuasa Xinjiang telah mewujudkan tenaga kerja paksa dengan menahan sekitar sejuta orang Uighur dan minoriti Islam lain sejak 2016. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >