Topik diikuti
Pergi ke BHkuDi sebalik amaran serangan pengganas, KL aman
Premium
Di sebalik amaran serangan pengganas, KL aman
Sep 26, 2015 | 6:11 AM
Di sebalik amaran serangan pengganas, KL aman
TIDAK BERLAKU KEJADIAN BURUK: Jalan Alor yang popular di kalangan penduduk setempat dan pelancong. - Foto Twitter ALI ABUNIMAH -
PETALING JAYA: Polis Malaysia memberi jaminan bahawa keselamatan di ibu kota adalah terkawal, di sebalik nasihat perjalanan yang dikeluarkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia, kononnya terdapat ancaman pengganas di lokasi tertentu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa, memberi jaminan itu, menyusuli nasihat perjalanan yang dikeluarkan kedua-dua negara itu kepada rakyat mereka, supaya mengelak ke Jalan Alor, di Bukit Bintang, kerana serangan pengganas mungkin berlaku.
