Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DiCaprio dedah Jho Low beri sumbangan kepada Parti Demokrat Amerika

Apr 4, 2023 | 9:57 AM
Leonardo DiCaprio
Leonardo DiCaprio - REUTERS

WASHINGTON: Pelakon terkemuka, Leonardo DiCaprio, berada di Washington pada Isnin untuk memberi keterangan dalam perbicaraan rasuah ahli politik, membabitkan seorang bintang hip-hop 90-an dan ahli kewangan warga Malaysia dalam buruan. Pras Michel yang juga anggota kumpulan muzik The Fugees, didakwa membantu menyalurkan wang secara rahsia daripada Low Taek Jho atau Jho Low, bertujuan mempengaruhi ahli politik Amerika Syarikat. DiCaprio menarik perhatian mahkamah, selepas mendedahkan mengenai parti mewah dianjurkan Jho Low, yang didakwa dibuat menggunakan wang yang dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Bintang filem Titanic berusia 48 tahun itu mendedahkan bahawa Jho Low menganjurkan sejumlah parti mewah membabitkan pelbagai individu dari seluruh dunia di atas bot dan kelab malam, serta kerap kali membabitkan kehadiran selebriti, termasuklah Michel. Menurut DiCaprio, pertemuan pertamanya dengan Jho Low adalah sekitar 2010 di sebuah parti di Las Vegas, namun pelakon itu mengakui tidak begitu mengingati perincian pada hari berkenaan. Sejak itu, katanya, Jho Low kerap menjemputnya menghadiri beberapa parti, termasuk sambutan Malam Tahun Baru di Amerika, yang turut membabitkan kehadiran individu dari Australia yang diterbangkan menggunakan pesawat peribadi. "Saya difahamkan dia adalah ahli perniagaan terkemuka dan memiliki banyak hubungan di Abu Dhabi, Malaysia... prodigi dalam dunia perniagaan dan amat berjaya," katanya. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg