Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Diktator Filipina Ferdinand Marcos dikebumi secara 'kilat' di pusara pahlawan

Nov 18, 2016 | 03:25 PM



MANILA: Bekas diktator Ferdinand Marcos dikebumikan di pusara pahlawan di Manila sekitar tengah hari Jumaat (18 Nov) - 27 tahun selepas kematiannya.



Ia dikecam penunjuk perasaan anti-Marcos sebagai "pengebumian kilat" bagi menghalang bantahan jalanan dan petisyen mahkamah pada saat-saat akhir.



Encik Marcos disemadikan dalam upacara mudah, dihadiri hanya oleh keluarga beliau di kubur berhampiran tiga mantan presiden lain.



"Ia sebuah upacara yang sangat ringkas dan sangat cepat," kata Ketua Superintenden Oscar Albayalde, ketua pasukan polis metropolitan Manila.



Sebagai seorang bekas askar, Encik Marcos diberi penghormatan ketenteraan, termasuk tembakan meriam 21 das. Tetapi upacara itu bukan bermaksud bagi seorang wira negara.



Encik Albayalde berkata mayatnya diterbangkan dengan helikopter dari Batac di wilayah Ilocos Norte, tanah kelahirannya, ke pusara di Manila itu pada 11.30 pagi.



Ia dilakukan secara mengejut sama sekali dan diketahui hanya oleh segelintir orang.



Ketua polis, Ketua Pengarah Ronaldo de la Rosa, berkata keluarga Marcos memberitahu beliau hanya pada lewat Khamis (17 Nov) petang bahawa mereka mahu pengebumian dijalankan pada Jumaat. Asalnya, hanya "latihan" dijadualkan pada Jumaat, katanya kepada pemberita.



Beliau berkata Presiden Rodrigo Duterte, yang dalam penerbangan ke Lima, Peru, untuk menghadiri Sidang Puncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec), tahu mengenai rancangan pengebumian itu.



Penunjuk perasaan anti-Marcos dengan cepat mengadakan perhimpunan di kira-kira sedozen tapak di seluruh metropolitan Manila.



Wakil parti berhaluan kiri Bayan Muna (Negara Didahulukan), Encik Carlos Zarate, melabel pengebumian tergesa-gesa itu sebagai "tindakan kilat" dan "perbuatan pengecut kebiasaan keluarga Marcos".



"Seperti pencuri pada waktu malam, Marcos mengisytiharkan undang-undang tentera pada 1973. Seperti pencuri pada waktu malam, dia sedang dikebumikan hari ini. Ia gaya Marcos sekali lagi," kata Encik Boni Ilagan, seorang aktivis yang dipenjara dan diseksa pada 1970-an oleh pasukan keselamatan yang digunakan oleh Marcos.



Senator Pia Hontiveros berkata: "Hingga sangat akhir, dia seorang pencuri. Tiada kubur, makam, keputusan mahkamah atau perintah oleh sembarang presiden yang boleh menyembunyikan kepercayaan bahawa Marcos bukan seorang wira. Ini pengebumian seorang wira palsu," katanya.



Mahkamah Agung mengundi 9-5 minggu lepas untuk membenarkan pengebumian Encik Marcos di pusara pahlawan.



Mahkamah Tinggi menolak petisyen menentang kelulusan Presiden Rodrigo Duterte bagi pengkebumian Encik Marcos di tanah perkuburan itu, tempat mantan presiden, askar dan artis negara disemadikan.



Encik Marcos memerintah Filipina selama 20 tahun, merampas hingga AS$10 bilion ($13.5 bilion) dana negara dan menyelia pencabulan hak asasi manusia yang meluas untuk menghapuskan penentang pemerintahannya.



Lebih 90,000 orang dipenjara dan hampir 6,000 diseksa semasa undang-undang tentera dari 1972 hingga 1983.



Sekurang-kurangnya 2,500 orang dibunuh dan mayat kira-kira 800 orang masih belum ditemui untuk dikebumikan.



Encik Marcos melarikan diri bersama keluarganya ke Hawaii pada 1986, apabila berjuta-juta orang membantah di jalan-jalan dalam pemberontak "kuasa rakyat".



Beliau meninggal dunia dalam buangan pada 28 Sep 1989.



Pada 1993, mayatnya dibawa pulang ke Filipina. Beliau sepatutnya dikebumikan di Batac, 470km ke utara Manila, tetapi keluarganya menyimpan mayatnya dalam sebuah kotak kaca di sebuah makam di Batac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >