PULUHAN negara telah melarang sepenuhnya atau sebahagian penggunaan beg plastik. Berikut adalah beberapa langkah yang diambil oleh negara- negara ini.
CHINA
Hari pertama tahun ini menandakan permulaan larangan Beijing terhadap plastik pakai buang, termasuk beg dan straw.
Beg tidak boleh diurai akan dilarang di semua kota dan bandar negara itu tahun depan, walaupun pasar menjual bahan makanan mentah akan dikecualikan hingga 2025.
THAILAND
Kedai-kedai besar dilarang daripada menggunakan beg plastik pakai buang sejak tahun lalu, sebagai sebahagian kempen yang dilancarkan pemerintah dan peruncit terhadap mengenakan larangan penuh tahun ini.
INDONESIA
Negara ini merancang mengenakan cukai eksais 200 rupiah (2 sen) bagi setiap beg plastik untuk mengurangkan penggunaan beg plastik kepada separuh.
Ibu kotanya, Jakarta, mula melarang beg plastik pakai buang di pusat beli-belah, kedai serbaneka dan pasar tradisional Julai tahun lalu, selepas langkah serupa diambil oleh kota dan wilayah lain.
JEPUN
Caj wajib sebanyak 3 yen (4 sen) hingga 5 yen bagi setiap beg plastik diperkenalkan di kedai-kedai selepas pemerintah arahkan pada Julai lalu melarang amalan memberi beg secara percuma.
UNITED KINGDOM
United Kingdom mula mengenakan caj 5 peni (9 sen) bagi setiap beg plastik pada 2011 di Wales, dan ia kemudian dilancarkan di England, Scotland dan Ireland Utara.
Caj itu dikenakan pada semua peruncit yang mempunyai lebih 250 pekerja. Ia dijangka dinaikkan kepada 10 peni di England tahun ini.
MALAYSIA
Negara ini mula kempennya ke arah sifar plastik pakai buang pada 2018, termasuk mengenakan caj 20 sen Malaysia (6.5 sen) bagi setiap beg plastik di premis runcit.
Caj ini akan diperluas kepada pasar basah dan pasar malam mulai tahun depan.
KENYA
Negara ini melarang beg plastik pada 2017 dan merupakan antara negara di dunia yang mempunyai peraturan ketat untuk mengawal penggunaannya.
Ia dilarang menghasilkan, mengimport atau menjualnya, dan mereka yang didapati bersalah boleh didenda AS$40,000 ($53,700) atau dipenjara sehingga empat tahun.
Mereka yang menggunakan beg plastik boleh dikenakan denda hingga AS$500 atau penjara sehingga satu tahun.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg