Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA: PANDANGAN

Dilema pengundi Selangor: Pilih parti atau personaliti?

Nov 18, 2022 | 05:30 AM



SEBAHAGIAN pengundi Selangor kelihatan bingung dan berbelah bagi.



Walaupun Selangor adalah benteng kuat Pakatan Harapan (PH) selama 15 tahun, landskap dan suhu politik Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 ini sudah banyak berubah.



Langkah Sheraton yang meruntuhkan kerajaan persekutuan PH pada Mac 2020 turut memecahbelahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).



Dalam PRU14, PH memenangi 22 kerusi parlimen Selangor.



Barisan Nasional hanya menang dua kerusi - Tanjung Karang dan Sabak Bernam.



Bagaimanapun, Ahli Parlimen (AP) Sabak Bernam, Encik Mohd Fasiah Mohd Fakeh, yang menang atas tiket BN keluar parti dan menyertai Bersatu pada 2019.



Akibat Langkah Sheraton, kerusi parlimen PH menjadi 16 apabila beberapa AP melompat parti untuk menjadi anggota Perikatan Nasional (PN)



Pengundi di enam kawasan akan menghadapi dilema memilih antara parti atau personaliti.



Yang paling ketara ialah dua bekas pemimpin kanan PKR - Datuk Seri Azmin Ali di Gombak dan Datuk Zuraidah Kamarudin di Ampang



Datuk Seri Azmin, yang menjadi AP Gombak selama tiga penggal sejak 2008, kini bertanding di bawah PN. Beliau dicabar sahabatnya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dari PH.



Apakah pengundi Gombak masih mahu menerima Datuk Seri Azmin yang dianggap pernah mengkhianati perjuangan PH?



Atau mereka akan memaafkannya kerana khidmat beliau di kawasan itu selama 15 tahun?



Serupa juga dengan nasib Datuk Zuraidah yang sudah 15 tahun menjadi wakil rakyat Ampang tetapi melompat dua kali - ke Bersatu dan kemudian ke Parti Bangsa Malaysia (PBM)



Di Shah Alam, keadaan lebih rumit.



AP yang pernah mewakili mereka selama tiga penggal, Encik Khalid Samad, pernah mewakili Parti Islam SeMalaysia (PAS) selama dua penggal sebelum melompat ke Parti Amanah di bawah PH pada 2018.



Pada PRU15 ini, beliau bertanding di Titiwangsa.



Persoalan sama ada PH masih berupaya menang dicurigai kerana semua calon adalah muka baru.



Anehnya, walaupun Shah Alam adalah kawasan pusat bandar yang menjadi nadi negeri Selangor, ia mempunyai ramai penyokong PAS.



Laungan takbir yang sering bergema di majlis ceramah PN mungkin menandakan arus perubahan baru di Shah Alam.



Di kawasan perkampungan Sungai Besar, masalah lompat parti juga berlaku.



Datuk Muslimin Yahya melompat parti dari Umno ke PKR pada 2018 untuk bertanding di bawah bendera PH.



Beliau menang tipis majoriti 7,220 undi tetapi kini menjadi calon Bersatu di bawah PN.



PH mencalonkan mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zakat Selangor, Haji Saipolyazan Mat Yusof, seorang anak peneroka Felda yang mempunyai pengalaman luas membantu asnaf golongan miskin di negeri itu.



Beliau dicabar calon BN, Datuk Seri Jamal Yunus, pemimpin akar umbi yang sering terlibat dalam isu-isu kontroversial tetapi mempunyai jumlah pengikut yang ramai.



Apakah pengundi Sungai Besar akan memilih parti atau keupayaan wakil rakyat mereka?



Dalam usaha mencabar pengaruh kuat PH di Selangor, buat julung-julung kalinya Umno mencalonkan dua orang Menteri muda yang mencerminkan kepimpinan masa depan parti itu.



Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz, bertanding di Kuala Selangor mencabar mantan Menteri Kesihatan PH, Dr Mohd Zulkefly.



Ketika ditemui dalam sesi bertemu rakyat, Tengku Zafrul menerangkan fokus beliau adalah meningkatkan mutu hidup masyarakat petani dan nelayan di Kuala Selangor.



Sama ada rakyat akan menyokong beliau walaupun mereka bukan penyokong BN-Umno menjadi tanda tanya.



Suasana lebih kontroversial di Sungai Buloh dengan Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaludin (KJ), bertanding di kawasan sukar pilihan sendiri.



Beliau menghadapi cabaran besar kerana pada 2018, PH menang dengan majoriti 26,000 undi.



Tetapi sejak mengumumkan pencalonannya, arus sokongan terhadap beliau kelihatan semakin kuat.



Apatah lagi kerana baru-baru ini KJ telah mencabar kepimpinan Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi dan berjanji akan membersihkan Umno jika beliau dilantik menjadi wakil rakyat mereka.



  • Penulis mantan wartawan kanan BH yang kini menetap di Kuala Lumpur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >