Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERALIHAN POLITIK DI SRI LANKA

Dinesh Gunawardena angkat sumpah dilantik PM baru Sri Lanka

Jul 24, 2022 | 06:48 AM



COLOMBO: Ahli politik veteran Sri Lanka, Encik Dinesh Gunawardena, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baru negara itu semalam, sehari selepas Encik Ranil Wickremesinghe mengangkat sumpah sebagai Presiden.



Bekas menteri dari Parti Podujana Peramuna itu mengangkat sumpah jawatan dalam satu upacara yang dihadiri Encik Wickremesinghe, serta pegawai tertinggi tentera, ahli politik dan para pegawai kanan.



Keseluruhan barisan Kabinet mengangkat sumpah pada lewat petang semalam.



Upacara itu dijalankan beberapa jam selepas angkatan keselamatan menyerbu khemah penunjuk perasaan di pekarangan pejabat pemerintah di Colombo.



Seperti diramal banyak pihak, Encik Wickremesinghe menjemput rakan sepengajiannya dan bekas menteri pentadbiran awam, Encik Gunawardena, untuk menjadi perdana menteri dalam pemerintah perpaduan.



Encik Gunawardena dan Encik Wickremesinghe mengenali antara satu sama lain sejak kecil lagi dan sama-sama melanjutkan pengajian di kolej berprestij, Kolej Diraja Colombo.



Encik Wickremesinghe, yang pernah menjadi Perdana Menteri sebanyak enam kali sebelum ini, mengangkat sumpah sebagai presiden negara Asia Selatan itu berikutan peletakan jawatan Encik Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri susulan protes awam besar-besaran yang dicetuskan oleh krisis ekonomi terburuk negara itu dalam tujuh dekad. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >