Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dipaksa tinggalkan negara gara-gara gambar swafoto

Dec 17, 2017 | 6:52 PM
(Kiri) Miss Israel Adar Gandelsman dan Miss Iraq Sarah Idan. FOTO: Facebook
(Kiri) Miss Israel Adar Gandelsman dan Miss Iraq Sarah Idan. FOTO: Facebook -

GARA-gara bergambar swafoto bersama ratu cantik Miss Israel, keluarga Miss Iraq terpaksa meninggalkan negara itu susulan kemarahan di Baghdad.

Gambar tersebut menunjukkan Miss Iraq, Sarah Idan bersama dengan Adar Gandelsman dari Israel yang mewakili negara masing-masing pada pertandingan ratu cantik Miss Universe di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

Gambar swafoto dimuat naik di akaun Instagram Idan dengan rujukan sebagai mempromosikan 'kedamaian dan cinta'.

Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kekecohan di media sosial.

Imej tersebut membangkitkan kemarahan orang ramai sehingga memaksa keluarga Idan ke luar negara dalam ketakutan, menurut Gandelsman kepada Israeli TV.

Beliau berkata, ramai yang mengancam Idan dan keluarganya bahawa sekiranya dia tidak memadamkan gambar tersebut, mereka akan menarik balik gelaran Miss Iraq.

Malah mereka mendakwa akan membunuhnya.

"Dalam ketakutan, mereka meninggalkan Iraq sekurang-kurangnya sehingga keadaan kembali tenang," kata Gandelsman, menurut Times of Israel.

Gandelsman berkata, Idan yang kini menetap di AS memutuskan untuk memuat naik gambar tersebut bagi menunjukkan 'kemungkinan untuk hidup bersama'.

Gambar tersebut mendapat reaksi negatif dalam kalangan netizen di negara yang tidak mengiktiraf Israel kerana konflik perang. - Mail Online

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg