Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS diri teguh belakang Lithuania di balik tekanan Russia

Jun 23, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat menyatakan ia berdiri teguh di belakang Lithuania di samping komitmen Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) untuk mempertahankan negara kecil itu selepas Russia memberi amaran kepada negara jirannya itu berkaitan sekatan transit kereta api.



"Kami menyokong sekutu Nato kami dan kami menyokong Lithuania," kata jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Ned Price kepada wartawan.



"Khususnya komitmen kami terhadap Artikel Lima Nato - premis bahawa serangan terhadap satu (anggota) merupakan serangan ke atas semua - komitmen daripada pihak Amerika Syarikat adalah kukuh," katanya.



Lithuania, bekas republik Soviet Union, adalah anggota Nato dan Kesatuan Eropah (EU), telah menjadi antara negara paling lantang dalam menentang pencerobohan Russia ke atas Ukraine.



Lithuania berkata ia akan menyekat transit kereta api di bawah langkah sekatan EU barangan Russia ke Kaliningrad, sebuah kawasan terpencil Russia di Laut Baltik yang terletak antara Lithuania dengan Poland.



Russia memberi amaran bahawa ia "pasti akan bertindak balas" kepada "tindakan bermusuhan itu".



Encik Price berkata Amerika mengalu-alukan "langkah ekonomi yang belum pernah berlaku sebelum ini" yang diambil Lithuania dan negara lain terhadap Russia atas pencerobohannya itu.



Ditanya mengenai kenyataan Russia itu, Encik Price berkata pihaknya tidak akan membuat spekulasi mengenai amaran Russia dan tidak mahu memberikannya perhatian berlebihan.



Di medan pertempuran, tentera Ukraine dan Russia terus bertempur sengit di timur Ukraine menjelang 22 Jun - hari peringatan di kedua-dua negara menandakan ulang tahun pencerobohan Hitler ke atas Soviet Union pada 1941.



Pertempuran yang telah berlangsung selama beberapa bulan telah memihak kepada Russia dalam beberapa minggu lalu disebabkan kelebihan senjata meriam Russia, satu fakta yang diakui Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, dalam ucapan hariannya.



"Disebabkan gerakan taktikal, tentera Ukraine masih dapat mengukuhkan pertahanannya di wilayah Luhansk," katanya.



"Ia benar-benar kawasan paling sukar. Penjajah juga memberi tekanan hebat ke arah Donetsk."



"Sama dengan aktifnya kami berjuang bagi mendapatkan keputusan positif EU mengenai status calon Ukraine, kami juga berjuang setiap hari bagi mendapatkan persenjataan moden bagi negara kami.



"Kami tidak berhenti buat satu hari pun," kata Encik Zelensky, menggesa negara yang menyokong negaranya untuk mempercepatkan penghantaran senjata.



Dalam keputusan simbolik, Ukraine bakal menjadi calon rasmi bagi keanggotaan EU hari ini, kata diplomat EU. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >