Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Disyaki edar dadah: Lelaki Italy dihantar pulang selepas ditahan di Bali

Feb 22, 2023 | 5:30 AM
DIKEHENDAKI SEJAK 2016: Antonio Strangio dikehendaki sekian lama kerana disyaki mengedar dadah, telah ditangkap di lapangan terbang di Bali pada 2 Februari selepas dalam pelarian sejak 2016. - Foto AFP
DIKEHENDAKI SEJAK 2016: Antonio Strangio dikehendaki sekian lama kerana disyaki mengedar dadah, telah ditangkap di lapangan terbang di Bali pada 2 Februari selepas dalam pelarian sejak 2016. - Foto AFP -

NUSA DUA (Bali): Pihak berkuasa Indonesia akan menghantar pulang lelaki yang disyaki pengedar dadah, Antonio Strangio, seorang warga Italy yang juga memiliki kewarganegaraan Australia, yang ditahan di Bali awal Februari lalu.

Lelaki itu akan dihantar pulang ke Italy pada Ahad ini, kata polis.

Interpol mengeluarkan notis isyarat merah terhadap Strangio, 32 tahun, pada 2016, berikutan penjualan ganja seberat 160 kilogram, dan mempunyai hubungan dengan sebuah kumpulan jenayah 'Ndrangheta,' menurut pesuruhjaya polis, Encik Anggaito Hadi Prabowo, kepada wartawan pada Ahad lalu.

Lelaki itu akan diterbangkan ke Italy dan akan diminta memberi keterangan lanjut, sehingga keputusan dibuat ke atas kesnya itu, kata Encik Anggaito.

Strangio, yang mendakwa mempunyai perniagaan hartanah di Australia, masih mengaku tidak bersalah, lapor media tempatan yang memetik sumber polis.

Pihak berkuasa berkata tiga orang anggota polis Indonesia akan mengiringi Strangio ke Italy, tetapi mereka enggan memberikan maklumat lanjut mengenai jadual penerbangan, atas alasan keselamatan dan tidak mahu mengganggu ketenteraman para penumpang lain.

Strangio ditangkap pada 3 Februari lalu, di pulau peranginan Bali, semasa dia transit di Bali sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Australia. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg