Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dituduh khianat, pembantu kanan Aung San Suu Kyi dipenjara 20 tahun

Oct 29, 2021 | 09:54 PM



YANGON: Win Htein, pembantu kanan pemimpin Myanmar yang digulingkan Aung San Suu Kyi, dihukum penjara 20 tahun hari ini (29 Okt) atas tuduhan melakukan pengkhianatan besar, kata media dan salah seorang ahli keluarganya.


Win Htein, 79 tahun, adalah penyokong tegar Suu Kyi dan tahanan politik lama sepanjang kempen berdekad lama untuk menamatkan pemerintahan tentera.


Dia ditahan selepas rampasan kuasa 1 Februari yang telah menjerumuskan Myanmar ke dalam keadaan huru-hara dan yang mengakhirkan pemerintahan demokrasi sementara selama satu dekad.


Anak perempuan Win Htein, Chit Suu Win Htein, berkata dalam mesej kepada Reuters: "Jadi ini adalah seperti yang kami jangkakan. Ia bukan satu kejutan tetapi ia adalah satu perkara yang menyedihkan dan keterlaluan untuk mendengar tentang hukuman yang tidak masuk akal ini. Pelaku ketidakadilan ini akan bertanggungjawab untuk ini ... Tolong bertahan rakyat! Kita akan menang!"


Suu Kyi, yang juga dibicarakan, didakwa dengan pelbagai kesalahan, termasuk melanggar protokol koronavirus, memiliki radio dua hala secara haram, menerima rasuah wang tunai dan emas, menghasut untuk menimbulkan rasa bimbang orang ramai dan melanggar Akta Rahsia Rasmi.


Dalam keterangan mahkamah pertamanya pada Selasa, beliau menafikan tuduhan menghasut berhubung partinya menerbitkan surat pada Februari yang menyeru pertubuhan antarabangsa supaya tidak bekerjasama dengan junta tentera yang memerintah. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >