Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Doktor Australia main peranan penting dalam operasi menyelamat dalam gua Thai

Jul 9, 2018 | 5:12 PM
PERANAN UTAMA: Dr Richard Harris menjalankan penilaian kesihatan terakhir ke atas 13 orang yang terperangkap dalam sebuah gua di Chiang Rai sebelum percubaan menyelamatkan mereka dijalankan pada 8 Julai 2018.
PERANAN UTAMA: Dr Richard Harris menjalankan penilaian kesihatan terakhir ke atas 13 orang yang terperangkap dalam sebuah gua di Chiang Rai sebelum percubaan menyelamatkan mereka dijalankan pada 8 Julai 2018. - Foto FACEBOOK/RICHARD HARRIS

BANGKOK: Seorang doktor dari Australia merupakan antara pakar selam antarabangsa yang terlibat dalam operasi menyelamatkan sekumpulan kanak-kanak lelaki dan jurulatih bola sepak mereka yang terperangkap dalam sebuah gua di Chiang Rai, Thailand.

Meskipun bahaya, Dr Richard Harris dari Adelaide menyelam masuk ke gua itu menuju ke sekumpulan budak lelaki dan jurulatih mereka itu.

Beliau menjalankan penilaian kesihatan ke atas mereka dan ini membolehkan usaha membawa mereka keluar dijalankan semalam (8 Julai).

Hasilnya, empat kanak-kanak berjaya dibawa keluar.

Baki sembilan lagi orang masih terperangkap dan usaha sedang dijalankan untuk membawa mereka keluar hari ini.

Seorang penganjur acara selam, Encik David Strike, yang telah mengenali Dr Harris selama lebih sedekad berkata beliau mempunyai segala sifat yang diperlukan bagi misi bahaya itu.

"Dr Harris merupakan salah seorang anggota pasukan yang berkelayakan unik dan luar biasa yang bersedia mengorbankan keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan mereka demi kebaikan orang lain.

"Mereka yang terlibat semua adalah wira yang sebenarnya," kata Encik Strike.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg