Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Doktor mengaku tidak bersalah bagi kematian menantu DPM Ahmad Zahid

Aug 12, 2016 | 3:45 PM
Menantu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hami (atas), Allahyarham Datuk Syed Alman Syed Alwi, meninggal dunia selepas di bawah ubat pelali untuk menjalani pembedahan pergigian.
Menantu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hami (atas), Allahyarham Datuk Syed Alman Syed Alwi, meninggal dunia selepas di bawah ubat pelali untuk menjalani pembedahan pergigian. - GAMBAR EPA

KUALA LUMPUR: Seorang pakar ginekologi yang juga doktor gigi sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan membunuh tanpa niat berhubung kematian menantu Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dr Ting Teck Chin, 36 tahun, mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian tanpa niat membunuh di bawah Kanun Keseksaan bagi kematian Datuk Syed Alman Syed Alwi pada 1 Jun lalu.

Kesalahan itu didakwa berlaku antara 6 petang dan 7 malam di Klinik Pergigian Imperial di Jalan Telawi, Bangsar.

Dr Ting, 36 tahun, mengendalikan Allahyarham sebagai doktor gigi pengganti, atau lokum.

Dia menghadapi hukuman penjara 10 tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Zainal L Saleh membenarkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin. Kes itu akan disebut semula pada 17 Okt.

Dilaporkan bahawa Allahyarham, suami anak sulung Dr Ahmad, Cik Nurulhidayah, tidak sedarkan diri semasa di bawah ubat pelali bagi pembedahan oral di klinik itu.

Allahyarham, 44 tahun, dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya tetapi diisytiharkan meninggak dunia.

Klinik tersebut berkata pembedahan itu dijalankan dengan kehadiran seorang pengamal perubatan terlatih.

Ia kini menghadapi tuduhan berasingan di Mahkamah Sesyen, lapor media Malaysia. - The Star/Asia News Network

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg