Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dokumen 'keputusan kes Rosmah' terdedah? Pejabat ketua pendaftar mahkamah M'sia lapor polis

Aug 28, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia membuat laporan polis berhubung laporan sebuah portal berita berkaitan dokumen didakwa keputusan perbicaraan rasuah Datin Seri Rosmah Mansor.



Ia merujuk laporan bertajuk 'Rosmah Mansor Will Be Pronounced Guilty On 1st September 2022' dan 'Download Or View The 71-Page Judgement And Guilty Verdict On Rosmah Mansor Here' yang disiarkan pada 26 Ogos lalu, lapor Berita Harian Malaysia semalam.



Laporan itu mendakwa dokumen berkenaan adalah kertas keputusan penghakiman kes rasuah Rosmah, membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion ($0.39 bilion) yang tular di media sosial.



Keputusan berhubung kes terbabit dijadual dibacakan di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 September ini.



Dalam satu kenyataan hari ini, pejabat berkenaan menegaskan, perbuatan itu sebagai tindakan sengaja untuk menjejaskan integriti pengoperasian mahkamah dan pentadbiran keadilan.



"Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat berkenaan laporan-laporan portal itu," menurut kenyataan berkenaan.



Menurut pejabat berkenaan, Badan Kehakiman tidak akan diganggu gugat oleh perbuatan-perbuatan yang menyalahi undang-undang dan tidak bertanggungjawab bagi menjejaskan integriti sistem kehakiman negara.



Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim dilaporkan meminta pihak berkaitan membuat laporan mengenai dokumen terbabit bagi membolehkan polis memulakan siasatan lanjut mengenai perkara terbabit.



Ini kes kedua selepas dokumen didakwa penghakiman kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd turut tular sebelum keputusan rasmi dibacakan di Mahkamah Persekutuan, 23 Ogos lalu.



Susulan itu, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan menjelaskan dokumen didakwa kertas keputusan kehakiman berkaitan kes rayuan Datuk Najib adalah draf yang belum dimuktamadkan, sebaliknya berupa draf kerja penghakiman diubah suai.



Pada Selasa lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >