Donald Trump bidas Merkel mengenai dasar pelarian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Donald Trump bidas Merkel mengenai dasar pelarian

Feb 10, 2016 | 3:18 PM

Donald Trump bidas Merkel mengenai dasar pelarian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Canselor Jerman, Dr Angela Merkel, berucap semasa melawat Turkey baru-baru ini. Encik Donald Trump berkata beliau silap dalam membiarkan beribu-ribu pendatang memasuki Jerman. Gambar REUTERS
Canselor Jerman, Dr Angela Merkel, berucap semasa melawat Turkey baru-baru ini. Encik Donald Trump berkata beliau silap dalam membiarkan beribu-ribu pendatang memasuki Jerman. Gambar REUTERS -

PARIS: Pesaing perlumbaan menjadi calon Republikan bagi jawatan presiden Amerika Syarikat, jutawan Donald Trump, berkata Canselor Jerman, Dr Angela Merkel, salah dalam membiarkan beribu-ribu pendatang ke Jerman dan krisis pelarian boleh mencetuskan revolusi, malah menamatkan hayat Eropah.

"Saya fikir Angela Merkel membuat kesilapan besar dalam soal pendatang," kata Encik Trump kepada sebuah majalah mingguan konservatif Perancis, Valeurs Actuelles, yang berkata ia satu temuduga kempen mendalam pertama jutawan tersebut dengan media Eropah.

"Jika anda tidak merawat keadaan dengan cekap dan tegas, ya, maka tamatkan Eropah. Anda boleh menghadapi revolusi sebenar," beliau dipetik sebagai berkata, menurut terjemahan dalam bahasa Perancis.

Jutawan berusia 69 tahun itu juga berkata Brussels telah menjadi tempat pembiakan pengganas dan beberapa kawasan di Paris dan di tempat lain di Perancis telah menjadi kawasan yang tidak harus dipergi.

"Malangnya, Perancis sekarang tdiak seperti dulu, dan begitu juga Paris," katanya.

Encik Trump juga berkata undang-undang senjata Perancis yang ketat sebahagiannya bertanggungjawab bagi serangan militan Islam yang membunuh berpuluh-puluh orang di dewan konsert Bataclan November lalu.

"Saya sentiasa bawa senjata. Jika saya berada di Bataclan, saya boleh memberitahu anda bahawa saya akan melepaskan tembakan," katanya.

Encik Trump juga berkata beliau fikir Amerika Syarikat boleh mempunyai hubungan sangat baik dengan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, dan tiada perkara lebih teruk daripada keadaan sekarang di mana Presiden Barack Obama dan Encik Putin hampir-hampir tidak bercakap antara satu sama lain.

"Beliau (Putin) berkata saya bijak. Itu membuktikan kebijaksanaan tertentu," katanya.

Majalah Perancis itu berkata temuduga tersebut dijalankan di pejabat Encik Trump di Trump Tower di New York seminggu sebelum kaukus Iowa, di mana beliau menduduki tempat kedua dalam persaingan menjadi calon Republikan untuk pilihan raya presiden Amerika November ini. Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg