Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Donald Trump mahu laksana 'saringan ekstrem' ke atas pendatang

Aug 16, 2016 | 12:21 PM



YOUNGSTOWN (Ohio): Calon presiden Republikan, Encik Donald Trump, mengumumkan pada Isnin (15 Ogos) rancangan antipengganasannya, dengan berkata beliau akan melaksana "saringan ekstrem" pendatang dan menggantung imigresen dari negara tertentu bagi melindungi Amerika Syarikat.



Dalam ucapan dasar di negeri Ohio, jutawan hartanah itu berikrar akan "menghancurkan dan memusnahkan" Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) dan menuduh pesaingnya daripada parti Demokrat, Cik Hillary Clinton, serta Presiden Barack Obama membenarkan kumpulan pengganas itu berkembang.



Beliau juga berikrar akan melancarkan "suruhanjaya mengenai Islam radikal" bagi membasmi rangkaian pelampau dan menghentikan rakyat muda Amerika menjadi radikal.



"Kita harus menerima masuk ke negara ini hanya mereka yang berkongsi nilai-nilai kita dan menghormati rakyat kita," kata Encik Trump.



"Semasa Perang Dingin, kita mempunyai ujian saringan ideologi. Sepatutnya sudah lama kita bangunkan ujian saringan baru bagi ancaman yang kita hadapi hari ini. Saya mengelarnya saringan ekstrem."



Encik Trump menggesa diadakan "pendekatan baru" untuk memerangi pengganasan, melenyapkan dasar-dasar yang dilaksana oleh Encik Obama dan Cik Clinton, yang menjadi setiausaha negara beliau.



"Strategi semasa kita bagi membina negara serta perubahan rejim terbukti adalah satu kegagalan mutlak. Kita telah mencipta kekosongan yang membolehkan pengganasan berkembang dan maju," katanya.



Encik Trump berkata beliau akan menggantung imigresen dari "beberapa kawasan paling berbahaya dan tidak menentu di dunia, yang mempunyai sejarah mengeksport pengganasan". - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >