Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Donald Trump sah tanding rebut jawatan Presiden AS

Nov 17, 2022 | 05:30 AM



PALM BEACH: Encik Donald Trump semalam mengumumkan secara rasmi hasrat untuk kembali ke Rumah Putih, dengan bertanding bagi jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 2024, sekaligus mengenepikan gesaan barisan pemimpin dan penderma Parti Republikan untuk tidak berbuat demikian selepas mengalami kekalahan teruk semasa pemilihan pertengahan penggal minggu lalu.



Encik Trump, 76 tahun, telah memfailkan dokumen pencalonan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Federal, mengisytiharkan pencalonannya sekali lagi di depan ratusan penyokong di dewan kediaman peranginannya, Mar-a-Lago, di Palm Beach, Florida, pada 9 malam kelmarin (10 pagi semalam, waktu Singapura).



Langkahnya itu menjadikan mantan presiden ke-45 AS, dari 2017 hingga 2021 itu, calon pertama dari kedua-dua parti Demokrat dan Republikan yang berbuat demikian.



Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di siaran televisyen AS, Encik Trump berkata:



"Dalam usaha menjadikan Amerika hebat sekali lagi, saya malam ini mengumumkan pencalonan sebagai Presiden Amerika Syarikat," ujarnya yang disambut dengan sorakan hadirin yang melambai menggunakan telefon bimbit mereka.



"Kemunculan semula Amerika bermula sekarang!," katanya lagi.



Encik Trump bagaimanapun dilihat mengelak daripada mempersenda nama sesiapa yang kerap dilakukannya sebelum ini, sebaliknya memilih mengkritik kepresidenan Encik Joe Biden dan menonjolkan semula apa yang dianggap Encik Trump sebagai pencapaian dasar yang dibuatnya semasa menjawat jawatan nombor satu negara, sebelum ini.



Sehingga kini, Encik Trump menafikan kemenangan yang diraih Encik Biden dalam pilihan raya presiden 2020.



Ini merupakan percubaan ketiga pemimpin Parti Republikan itu, selepas meraih kemenangan mengejut ke atas pencabarnya, Cik Hillary Clinton yang mewakili Parti Demokrat pada 2016.



Percubaan kali kedua menyaksikan Encik Trump gagal mempertahan kemenangannya pada 2020.



"Dua tahu lalu, kita adalah sebuah negara hebat dan tidak lama lagi, kita bakal menjadi negara yang hebat sekali lagi," katanya.



Encik Trump dilihat membentangkan tema 'gelap' yang sering dikemukakannya, dengan mengecam pendatang asing - "Kita diracuni" - dan menggambarkan kota-kota AS bergelumang jenayah "yang digenangi darah".



Menurutnya, beliau akan berusaha mengadakan hukuman mati buat pengedar dadah selain melantik semula ahli tentera yang telah dipecat kerana enggan mendapatkan vaksin Covid-19.



Parti Republikan mengalami kekalahan mengejutkan dari Maine ke Washington sejak lebih seminggu lalu, dengan para calon yang disokong Encik Trump tewas dalam pemilihan penting kerusi Senat di Pennsylvania dan kerusi penting lainnya bagi Dewan Perwakilan dan pemilihan kerusi negeri di Michigan, Ohio, North Carolina dan lain-lain. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >