Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19 DI SERATA DUNIA

Dos penggalak vaksin sebabkan kesan sampingan ringan: CDC AS

Sep 30, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Orang yang mendapat dos penggalak vaksin Covid-19 setelah suntikan itu diluluskan bagi mereka yang mempunyai sistem imun lemah kebanyakannya mengalami tindak balas ringan hingga sederhana, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.



Seamai 22,191 penerima suntikan penggalak mendaftar dengan sistem pemantauan persekutuan dari 12 Ogos, ketika dos itu kali pertama diluluskan atas dasar darurat oleh pengawal selia Amerika, hingga 19 September, kata CDC dalam sebuah laporan kelmarin.



Secara keseluruhan, 71 peratus daripada mereka melaporkan kesakitan di pusat suntikan, 56 peratus melaporkan mengalami keletihan dan 43 berkata mereka mengalami pening kepala selepas menerima suntikan ketiga vaksin 'utusan (messenger) asid ribonukleik' (mRNA).



Data itu dilaporkan oleh penerima sehari sebelum dan tujuh hari selepas menerima dos ketiga.



Pihak berkuasa memilih menyediakan dos ketiga yang dihasilkan Pfizer-BioNTech dan Moderna bulan lalu apabila data membayangkan penerima transplan dan mereka yang mempunyai kekurangan sistem imum tidak diberi perlindungan mencukupi oleh dua suntikan sahaja.



Minggu lalu, Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) juga meluluskan dos ketiga Pfizer bagi kumpulan lebih luas. Dos tambahan bagi penerima vaksin Moderna dan Johnson & Johnson juga mungkin diluluskan tidak lama lagi.



Dalam kalangan mereka yang melaporkan tindak balas di bawah sistem pemantauan itu, kira-kira 1.8 peratus berkata mereka mendapatkan rawatan perubatan, manakala 13 orang dimasukkan ke hospital.



"Kekerapan dan jenis kesan sampingan adalah seperti yang dilihat selepas dos vaksin kedua dan kebanyakannya ringan atau sederhana dan sekejap," kata Pengarah CDC Rochelle Walensky dalam satu taklimat oleh Pasukan Petugas Koronavirus Rumah Putih.



Tindak balas dos ketiga suntikan Moderna dan Pfizer-BioNTech konsisten dengan yang dilaporkan selepas suntikan kedua.



Perbahasan mengenai kelebihan mengambil suntikan vaksin daripada lebih satu pengeluar semakin meningkat sejak minggu lalu apabila vaksin Pfizer diluluskan, tetapi tiada cukup data untuk menentukan apakah mencampur vaksin menyebabkan tindak balas buruk.



Hampir semua orang yang melapor kepada sistem pemantauan itu mengatakan mereka menggunakan vaksin sama bagi ketiga-tiga dos tersebut. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >