Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

DPM Heng bertemu pemimpin Ho Chi Minh dalam lawatan ke Vietnam

Sep 15, 2022 | 10:16 PM



Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat telah bertemu dengan setiausaha parti bandar Ho Chi Minh, Encik Nguyen Van Nen, dan pengerusi Jawatankuasa Rakyat, Encik Phan Van Mai, semasa dalam rangka lawatannya ke Vietnam.



Beliau mengucapkan terimakasih kepada mereka di atas sokongan berterusan kepada Singpura dan syarikat-syarikatnya, dan berkata yang mereka setuju untuk mempertingkat kerjasama antara kededua bandar.



Menulis dalam catatannya hari ini (15 September), beliau berkata:



"Saya menantikan kerjasama lanjut yang akan memanfaatkan kekuatan masing-masing."



Semasa lawatan rasminya mulai Ahad hingga hari ini, Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, turut melawat Taman Perindustrian Vietnam-Singapura (VSIP) di wilayah Binh Duong, di utara bandar Ho Chi Minh.



Ini merupakan VSIP pertama yang ditubuhkan pada 1996.



"Memang baik bagaimana inisiatif ini berkembang menjadi 10 taman," katanya.



"VSIP terkini, yang juga di Binh Duong, adalah dua kali lebih besar dan apabila siap, akan menjadi lebih bijak, hijau, dan inovatif."



Beliau menambah bahawa evolusi VSIP juga mencerminkan pertumbuhan Vietnam sepanjang beberapa dekad.



Beliau berkata yang beliau gembira Singapura dan perindustriannya telah mengambil peluang untuk membuat sumbangan, dan berharap agar kerjasama ini akan terus tumbuh dengan kukuh.



Kesemua 10 VSIP di Vietnam kini merupakan komponen penting penglibatan ekonomi, dan telah menarik AS$14 bilion ($19.7 bilion) dalam bentuk pelaburan dan menghasilkan lebih daripada 270,000 pekerjaan di Vietnam.



DPM Heng juga bertemu Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh, dan para pemimpin lain semasa lawatannya itu.



Mereka mengesahkan komitmen dua hala terhadap kerjasama yang mendalam, terutamanya dalam bidang-bidang yang baru tumbuh seperti ekonomi digital, ekonomi hijau dan inovasi.



Kededua negara akan meraikan 50 tahun tertubuhnya hubungan diplomatik pada tahun depan dan 10 tahun tertubuhnya Kerjasama Strategik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >